Suatu ketika dulu, nama influencer Ayana Jihye Moon pernah menjadi perbualan ramai selepas dia mengubah penampilannya menjadi wanita muslimah yang berhijab.
Peminatnya dari Malaysia mahupun Indonesia sangat mengidolakan Ayana dek kerana keazamannya ingin mengenakan hijab dan latar belakang kehidupannya yang penuh cabaran.
https://www.instagram.com/p/CfWNMxipdud/
Ayana muat naik gambar tidak berhijab dengan adik?
Walau bagaimanapun, baru-baru nama Ayana sekali lagi jadi sebutan apabila dia memuat naik gambar di Instagram bersama adiknya dengan memakai jaket ‘hoodie’ tanpa hijab di kepala.
Adiknya, Aydin yang juga seorang mualaf kini menurut Ayana, sedang menjalani latihan ketenteraan di Korea. Katanya, Aydin merupakan satu-satunya anggota tentera beragama Islam di kem tersebut.
https://www.instagram.com/p/CgLW1-5Jt0F/
Pun begitu, foto tersebut telah mengundang beberapa kritikan daripada netizen Indonesia yang terkejut melihat penampilannya tidak berhijab.
Namun kebanyakan komen di posting tersebut telah dipadam selepas mendapat teguran daripada netizen lain.
“Meskipun itu komen negatif, tidak semua faham situasi yang kami hadapi”
Menyedari komen negatif yang diterima kerana penampilan tersebut, Ayana menerusi IG story menjelaskan bahawa setiap perkara yang dilakukannya mempunyai sebab yang tersendiri.
Malah menurutnya lagi, tak semua orang memahami sepenuhnya situasi dia di Korea dan mereka juga tidak boleh membandingkan ia dengan situasi orang asing muslim di Korea dengan orang muslim lokal kerana mereka berdepan dengan perkara yang berbeza.
Dalam pada itu, Ayana juga menceritakan mengenai dugaan yang dihadapi adiknya ketika menjalani latihan ketenteraan di Korea yang mana adiknya tidak dibenarkan solat dan makanan halal juga tidak disediakan di kem tersebut. Allah beratnya dugaan…
Apa-apapun kita sebagai saudara seislam tidak salah untuk menegur perbuatannya tetapi kenalah juga fahami situasi yang dialami Ayana kini. Kita beruntung tinggal di negara yang majoritinya muslim kalau dibanding dengan Ayana yang tinggal di sana.