Isu Gus Miftah yang menerima kecaman hebat kerana menghina peniaga teh ais yang dikenali sebagai Sunhanji baru-baru ini telah memberikan impak besar terhadap rakyat Indonesia dan berita itu turut mendapat perhatian netizen di Malaysia.
Menerusi sumber Suara.com, sejak kejadian itu, ramai peniaga dilihat berkerumun di majlis ceramah untuk menjaja teh ais mereka seperti dalam satu majlis yang menampilkan penceramah lain seperti Gus Iqdam di Solo baru-baru ini.
Artikel berkaitan : Gus Miftah Umum Letak Jawatan Sebagai Utusan Khas Presiden Indonesia Susulan Insiden Persenda Penjual Teh
Artikel berkaitan : “Drama apa lagi ni?” – Pak Sunhaji Menangis Meminta Presiden Prabowo Tak Terima Gus Miftah Letak Jawatan
Dalam majlis yang diadakan pada 8 Disember lalu, jumlah penjual teh ais dan minuman lain jadi makin bertambah sampaikan Gus Iqdam ada membeli minuman daripada penjaja dan agihkannya kepada para tetamu yang hadir ke majlis tersebut.
@duniapunyacerita_ Viral! Penjual Es Dan Minuman Serbu Kajian Gus Iqdam, Pengen Diborong?
Selain itu, sumber melaporkan bahawa Gus Iqdam dilihat berasa pelik kerana jumlah penjual teh ais semakin ramai sampaikan ada yang mula jalan kedepan untuk menawarkan jualan mereka.
Bagaimanapun Gus Iqdam tidak menghalau mereka, sebaliknya menenangkan suasana dengan mengumumkan bahawa sesi selawat bakal bermula. Sejurus sahaja sesi selawat itu dimulakan, penjual-penjual tersebut terus beredar.
Video tersebut tular dan menarik perhatian netizen, ada yang mempertikaikan sikap peniaga ini yang dianggap cuba ambil kesempatan sehingga mengganggu ketenteraman majlis. Bahkan ada juga yang memberikan kritikan sinis yang seolah-olah mahukan diri mereka viral.
@duniapunyacerita_ Viral! Penjual Es Dan Minuman Serbu Kajian Gus Iqdam, Pengen Diborong?
Mungkin mereka anggap inilah peluang mereka untuk cari rezeki, kita husnuzon je lah.
Sumber : Suara.com