Kadang-kadang, ramai orang tak sedar yang dorang dah jatuhkan maruah orang lain hanya semata-mata atas alasan “bergurau”.
Macam baru-baru ni, tular video di media sosial menunjukkan kawan-kawan pengantin lelaki yang hadir ke majlis perkahwinan telah memberikan hadiah tak senonoh ketika di atas pelamin sehingga pengantin perempuan nampak tak selesa tambah lagi dikelilingi oleh keluarga dan saudara-mara.
Mengulas tentang isu ini, seorang pendakwah Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Mohd Kashim mengatakan amalan seperti ini perlu dihentikan kerana Nabi Muhammad SAW sendiri sangat memuliakan majlis perkahwinan, lapor Harian Metro.
Nabi Muhammad cukup suka beri hadiah kepada orang, lebih-lebih lagi mereka yang melangsungkan perkahwinan untuk menggembirakan hati tuan rumah.
Malah ada riwayat Rasulullah menyuruh para sahabat yang dijemput ke majlis perkahwinan yang sedang berpuasa sunat untuk berbuka puasa, sampai begitu sekali Rasulullah memuliakan pengantin dan keluarga.
“Disebabkan itu, Islam menyarankan kita menghormati pengantin, keluarga pengantin serta majlis yang diraikan.”
Hadiah yang diberi bukan menghina dan menjatuhkan maruah
Selain itu, Mohd Izhar turut menegaskan bahawa hadiah yang diberikan perlulah memuliakan sesebuah perkahwinan dan tidak menjatuhkan aib mana-mana pihak.
Hadiah berkenaan mestilah bersifat memuliakan perkahwinan, bukan menghina dan menjatuhkan maruah pengantin, hukumnya adalah makruh jika perkara itu tidak menjatuhkan aib mana-mana pihak.
“Contohnya beri hadiah tidak sepatutnya dalam bentuk tertutup, hanya pasangan pengantin saja yang tahu, hukumnya makruh.
“Bagaimanapun ia akan menjadi berdosa dan haram kalau perbuatan seperti itu dilakukan di khalayak ramai sehingga menjatuhkan aib suami isteri, keluarga dan majlis perkahwinan itu sendiri.”
Pendakwah ini turut menasihatkan orang ramai terutamanya anak-anak muda untuk menjaga adab kerana bimbang sekiranya perkara ini menjadi ikutan orang ramai.
Min tengok video pun dapat secondhand embarrassment tau! Puas pulak nak menjawab dengan mertua!
Baca: Warganet Kasihan Lihat Pengantin Perempuan Tak Selesa Lepas Rakan Suami Beri Hadiah Kondom