in

“Haram” – Bekas Mufti Tegur Tindakan Individu, Jalani Proses Vasektomi Kerana Tak Sanggup Lihat Isteri Merana

vasektomi haram islam dr zulkifli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah dengar tentang vasektomi? Ia merupakan sejenis prosedur pembedahan untuk pemandulan di kalangan lelaki.

Prosedur kawalan kehamilan kekal ini akan menghalang pergerakan sperma keluar ketika proses ejakulasi. Sesetengah individu melakukannya sebagai satu langkah untuk merancang keluarga.


gambar melakukan hubungan seks setelah vasektomi doktersehat

Artikel berkaitan: “Nabi suka makan ni” – Dr Zulkifli Saran Makan Kurma ‘Butter’, DR1 Share Perjelas Dalam Konteks Kesihatan

Artikel berkaitan: Dr Zulkifli Saran Hentikan Trend Sambut ‘Birthday’ Arwah Anak Di Kubur

“Aku tak sanggup tengok wife merana” 

Malah menerusi confession daripada seorang individu kepada meingl di X, lelaki ini mengakui melakukan prosedur vasektomi kerana sudah merancang untuk tidak mempunyai anak yang ramai dan tidak sanggup melihat isterinya merana.

Menurutnya, sebelum ini mereka melakukan langkah perancangan keluarga dengan isterinya mengambil suntikan perancang. Namun, prosedur itu telah membuatkan isterinya ‘merana’ selama tiga bulan.

GgJE51EbYAUD1pg

Aku kena p*tong, prosedur 30 minit (no scalpel), sehari je dah 90% pulih. Kalau nak anak lagi, sperm masih ada boleh extract dan buat IUI/IVF,” katanya.

“Haram dan tidak dibenarkan” 

Perkongsian itu walau bagaimanapun telah mendapat perhatian bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menurutnya, prosedur vasektomi adalah haram dan tidak dibenarkan dalam Islam.

Menerusi penjelasan penuhnya di portal Maktabah Al Bakri, prosedur tersebut adalah haram dan tidak dibenarkan kerana ia dianggap sebagai satu bentuk kawalan kelahiran lelaki atau pemandulan yang kekal.

Ia disebabkan oleh keberhasilan untuk berjaya membalikkan semula (sebelum vasektomi) adalah sangat rendah, tidak mudah dan tidak selalunya berjaya/berkesan.

Justeru, pemandulan kekal diharamkan oleh para ulama kerana ia melibatkan pengubahan ciptaan Allah, merosakkan asas kehidupan dan melakukan pembunuhan.

Diharapkan penjelasan daripada Dr Zulkifli ini dapat memberi kefahaman kepada mereka yang masih keliru dengan isu ini. 

Sumber: X, Maktabah Al Bakri

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.