Memiliki nama yang unik bukanlah sesuatu yang mudah kerana sudah tentulah sepanjang kehidupan kita, kita akan menjadi perhatian ramai kerana nama unik yang diberikan kepada kita oleh ibu bapa kita sejak bayi menjadikan kita lebih menonjol terutamanya ketika berada di bangku sekolah.
Seorang wanita berusia 45 tahun yang bernama Nijajujijaniba Mohd Jin baru-baru ini mencuri tumpuan masyarakat kerana namanya yang unik dan mempunyai banyak suku kata.
Memetik laporan Sinar Harian, wanita yang mesra dipanggil Jiji itu mengatakan ramai yang menganggap namanya pelik kerana panjang dan susah untuk disebut.
Jiji turut berkongsi pengalaman ketika zaman persekolahannya di mana ada rakan-rakan sekolah yang mengejeknya dengan memanggilnya ‘saji’.
Meskipun sedih pada mulanya dengan ejekan tersebut, namun lama-kelamaan Jiji mengatakan dia telah terbiasa dengan perkara tersebut dan menganggapnya sebagai gurauan.
Artikel Berkaitan: Senarai 7 Nama Sebenar Artis Disebalik Nama ‘Glamor’ Yang Korang Kenal
Selain itu, Jiji turut mengatakan bahawa dia turut berhadapan dengan situasi di mana ada petugas agensi kerajaan ketika di hospital yang sukar menyebeut namanya.
Jiji turut mengatakan dia pernah mahu menukar namanya ketika berusia 12 tahun namun tidak dibenarkan oleh ayahnya kerana menurut bapanya itu, dia berkenan dengan nama tersebut dan mengatakan ia sesuai dengan anak perempuannya itu.
Walau bagaimanapun, ketika acara akad nikahnya dengan suami sekitar 20 tahun lalu, suaminya berjaya menyempurnakan akad nikah mereka dengan menyebut namanya dengan sekali lafaz sahaja.
Manakala jurunikah juga tidak mengalami masalah untuk menyebut namanya dengan betul sekali lafaz dan tidak tersasul pada ketika itu.
Sumber: Sinar Harian