Beberapa hari lalu, kecoh mengenai dakwaan dua warga asing dalam cubaan menculik seorang kanak-kanak di sebuah pasar raya yang terletak di Klang.
Menerusi kenyataan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, beliau mengesahkan mendapat laporan mengenai kejadian terbabit dan kedua-dua warga asing itu telah direman untuk siasatan lanjut.
Artikel berkaitan: “Ibu mangsa terkejut & menjerit” – 2 Warga Asing Cuba Culik Budak Dalam Pasar Raya Diberkas
Info yang di terima, Cubaan warga asing menculik budak dekat NSK Klang Sentral.
Ada sapa boleh sahkan?
Kalau dia culik budak dia buat apa? Jual organ ke? Jadikan sindikit mengemis? pic.twitter.com/ZwRS69SK0R
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) March 26, 2024
Hanya salah faham
Menerusi perkembangan baharu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata dua lelaki warga asing yang didakwa cuba melarikan seorang kanak-kanak adalah tidak benar.
Katanya, dua lelaki warga Nepal itu hanya mahu membantu kanak-kanak tersebut naik ke eskalator tetapi tidak memberitahu ibu kanak-kanak terbabit.
“Apa yang berlaku adalah saya sendiri telah melihat rakaman litar tertutup (CCTV), apabila penama pergi ke pasar raya yang bersama anak berumur setahun lebih dan ibunya, eskalator yang naik ke tingkat atas tersebut rosak.
“Dalam masa yang sama, dua lelaki Nepal yang bekerja secara sah di Malaysia turut mahu naik ke atas. Mereka berdua bekerja di syarikat berhampiran dan sedang berkunjung ke pasar raya tersebut untuk beli barang keperluan.
“Jadi apabila mereka nampak budak ni macam susah nak berjalan naik ke eskalator, mereka bantu angkat budak ni
“Bila mak dia nampak, dia terus serahkan budak itu kepada maknya tapi mungkin maknya salah faham anggap itu culik,” jelasnya.
Selain itu, polis juga mendapati tiada satu persiapan cubaan menculik, contohnya terdapat kenderaan yang menunggu di luar atau cubaan melarikan diri dibuat oleh dua warga negara asing tersebut.
Sumber: Facebook