in

Hanya RM11,600, ‘Dumbbells’ 2kg Jenama Louis Vuitton Curi Perhatian Ramai

Cats 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda masuk ke dalam pusat beli-belah, anda boleh lihat pelbagai jenis butik pakaian yang menjual pakaian dengan pelbagai harga. Ada yang menjual dengan harga mampu milik, dan ada juga yang menjual dengan harga yang tidak masuk aka.

Apa yang membezakan kedua-dua jenis butik ini adalah kualiti dan jenama pakaian itu sendiri.


Dumbbell jenama mewah

Jenama mewah dari Perancis, Louis Vuitton ada mengeluarkan produk baharu mereka yang ternyata membuatkan ramai orang terkesima.

Menerusi laman web rasmi Louis Vuitton, jenama yang diasaskan pada 1854 ini mengeluarkan produk ‘dumbbell’ seberat 2 kilogram. Alatan senaman ini dikatakan sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita, dan dijual dengan harga serendah RM11,6000.

1 1 1

2 1 1

3 3

Reaksi warganet

Produk senaman yang dijual dengan harga yang agak tinggi ini ternyata mendapat perhatian ramai warganet yang rata-ratanya merasakan harga yang dikenakan adalah tidak logik.

Malah, ada yang mengatakan produk yang dikeluarkan hanya seberat 2 kilogram yang dilihat tidak begitu membantu dalam senaman angkat berat.

“Boleh sesiapa terangkan kenapa mereka jual produk ni?”, tulis seorang individu.

Bagaimanapun, seorang individu lain mengatakan kebanyakan pelanggan yang membeli ‘dumbbell’ tersebut bukanlah untuk tujuan senaman, sebaliknya hanya untuk dijadikan sebagai koleksi serta pameran.

4 3

Turut jual produk lain

Selain daripada dumbbell, laman web Louis Vuitton turut menyenaraikan produk lain seperti set ping pong (RM9,150), alatan lompat tali (RM3,250), patung beruang (RM17,700), tikar senaman (RM9,400) dan kipas tangan (RM7,200).

B

Jika anda mampu membeli barangan seperti yang disenaraikan di atas, adakah anda akan menggunakan secara harian atau menyimpan di dalam almari kaca untuk tujuan pameran?

BACA: Jenama Mewah Rusia Ini Tawar iPhone 12 Pro Edisi Mekah & Madinah Dengan Harga RM37,000

Cats 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.