Sebelum ini, tular satu video temu bual seorang wanita yang mendakwa dirinya pernah mengikut lelaki pulang selepas berhibur di kelab malam. Video itu telah mendapat kecaman netizen kerana wanita itu membuka pekungnya sendiri.
Terbaru, menerusi perkongsiannya di TikTok, wanita yang dipanggil Lola dalam video yang tular itu menjelaskan isi kandungan video tersebut hanyalah rekaaan semata-mata.
Semua butiran direka, niat untuk marketing?
Lola berkata, lelaki yang menemu bualnya dalam video itu adalah majikannya dan kesemua butiran dalam video itu direka untuk tujuan pemasaran termasuklah nama, tempat asal dan umur. Video penjelasan itu juga dibuat untuk menjernihkan salah faham antara netizen.
Saya terpaksa buat video penjelasan ini sebab saya rasa macam dah agak terlalu melampau. Pertama sekali, kalau awak pergi ke Instagram saya, awak akan nampak saya bekerja dengan syarikat tersebut.
Dan yang berdiri di sebelah saya adalah founder ataupun bos sayalah dalam syarikat. Dan saya juga salah seorang daripada duta kepada syarikat tu. Content itu hanya marketing, semua berlandaskan rekaan semata-mata termasuk nama, umur, asal mana dan isi content tersebut.
Artikel berkaitan: Individu ‘Review’ Surau Dikecam, Katanya Tak ‘Report’ Dulu Dekat Pihak Pengurusan
Artikel berkaitan: “Mana yang dok kecam kita dulu” – Caprice Sindir Individu Taksub Dengan ‘Mawla’, Rupa-rupanya ‘Scammer’
Sejak video temu bual itu tular, Lola turut dikecam gara-gara sengaja membuka aibnya sendiri lalu dia terus menafikan butiran yang direka itu dikategorikan sebagai aib.
Aib ni adalah fakta, benda betul dan kita sebarkan. Tapi, kalau konteks sebuah content, ia adalah rekaan semata-mata. Apa yang kita reka, cakap, isi dalam content itu semuanya rekaan semata-mata.
Sebelum video tersebut dirakam, dia serta pihak syarikat sudah berbincang dan bersetuju tentang soalan, jawapan dan risiko jika video itu tular di media sosial.
@urgurl101 here is something to clear things up ! kalau boleh share , share ye saya dah explain pasal lola😘 #fypシ
Dikecam sebab terpekik dalam video
Tambahnya lagi, dia menafikan dakwaan sengaja menjerit ketika sedang ditemu bual. Namun, disebabakan badannya yang kecil dan tempat itu agak bising, dia terpaksa berbuat sedemikian. Dia juga tidak pernah mengambil apa-apa barang terlarang seperti yang didakwa netizen.
Siapa je nak sebarkan aib? Isu balik dengan jantan tu, saya memang tak pernah balik dengan lelaki. Siapa yang mengenali saya, tahu saya balik dan keluar macam mana. Sekurang-kurangnya saya tidak bawa lelaki balik rumah.
Lola mengakui cara dia bersosial mungkin tidak disenangi oleh orang ramai tetapi dia masih lagi membawa rakan-rakan perempuan jika mahu melepak di luar. Dia telah memaafkan netizen yang telah mengecam serta mengejek tubuh badannya. Dia juga memberi amaran jika ada lagi netizen yang bercakap buruk tentangnya selepas ini, dia tidak akan memaafkan mereka.
Di ruangan komen, ramai netizen memuji Lola kerana sikapnya mengakui kesilapan sendiri.
Sumber: TikTok