in

“Hanya burukkan keadaan” – Isu Jenaka Rogol: 75 MP Desak Jabatan Peguam Negara Tarik Balik Pembelaan

Kes Ain Husniza

Rasanya ramai dah tahu tentang kes Ain Husniza sehingga perkara ini terpaksa dibawa ke mahkamah dan melibatkan banyak saman menyaman.

Terbaru, seramai 75 ahli Parlimen mendesak agar keputusan Jabatan Peguam Negara yang mengarahkan seorang peguam kanan persekutuan membela guru dan bekas guru besar dalam saman balas yang difailkan oleh Ain Husniza dan bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab berhubung jenaka rogol di dalam kelas ditarik balik, lapor Sinar Harian.

Ain

Menurut mereka, keputusan yang diambil oleh Jabatan Peguam Negara itu adalah amat memeranjatkan.

Pelantikan seorang peguam kanan persekutuan dalam tindakan sivil persendirian yang dimulakan oleh guru terlibat hanya akan memburukkan keadaan dan akan memberi persepsi yang negatif terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kerajaan.

Menurut mereka lagi, kes Ain sebenarnya telah mencetuskan lebih kebimbangan dan kegentaran dalam kalangan ibu bapa serta pelajar-pelajar di sekolah di samping menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap sistem pendidikan.

Ain2

Antara ahli Parlimen yang menandatangani kenyataan bersama ini ialah Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sebelum ini, media melaporkan Ain Husniza dan bapanya membantah tindakan peguam kerajaan mewakili dua individu yang disaman dan saman balas atas kapasiti peribadi, yang disifatkan mereka sebagai langsung tidak boleh diterima.

Dalam pada itu, tambah 75 ahli Parlimen ini, kerajaan Keluarga Malaysia khususnya Jabatan Peguam Negara dan KPM haruslah bersikap berkecuali dalam pertikaian terbabit.

Ain3

“Institusi-institusi pendidikan perlu memberi penegasan bahawa sindiran seksual dan jenaka mengenai rogol, terutama terhadap remaja perempuan, tidak boleh diterima sama sekali” – Ahli Parlimen

Selain itu, fokus kerajaan seharusnya diletakkan kepada usaha menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif di sekolah seluruh negara.

Harapnya kes ini menemui jalan penyelesaian yang terbaik buat pihak yang terlibat

Baca: “Jenaka Rogol: “Bersuara tentang isu Ain Husniza atau letak jawatan” – Maszlee Malik”

Maszlee

Sumber: Malaysiakini
Sumber: FlyFM
Sumber: YouTube