in

Hannah Yeoh Perjelas Terdapat Pakaian Rasmi Lain Bagi Acara Perbarisan Olimpik Paris

Ft Hannah Yeoh Respon Pakaian Kontinjen Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menjelaskan bahawa pakaian kontinjen Malaysia yang diperkenalkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini tidak akan digunakan pada perbarisan Majlis Perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada 26 Julai ini.

Jelas beliau, terdapat set pakaian rasmi lain bagi acara tersebut selain menegaskan supaya tiada timbul sebarang perbandingan dibuat berhubung pendekatan kepimpinannya sebagai Menteri Beliau dan Sukan dengan bekas menteri Khairy Jamaluddin, katanya semua menteri mempunyai cara tersendiri untuk mengemudi kementerian.


Artikel berkaitan : Teruk Dikecam, MOM Bakal Lancarkan Seragam Baru Untuk Olimpik Paris?

Artikel berkaitan : “Tiada guna rekaan cantik tapi tak bawa pulang emas” – Isu Baju Rasmi Olimpik, Ini Respon CDM

“Masa zaman beliau (Khairy) itu cara beliau dan setiap pemimpin mempunyai cara berlainan. Saya hormati MOM sebagai pemegang taruh. Baca komen (ada) ingatkan ini baju perbarisan (namun sebenarnya) sudah ada (lain) untuk atlet.”

“Kami dah maklumkan pandangan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada (Presiden MOM) Mohamad Norza.”

Screenshot 2024 06 27 172817

“Kita perlu hormati MOM dan kontrak penajaan mereka dengan Yonex dan saya serahkan ini kepada Mohamad Norza dan percaya beliau mampu untuk selesaikan (supaya) bila ke Paris kita berjalan (sebagai) satu pasukan (dan) orang tak nampak ini MOM, ini KBS (sebab) kita semua bawa nama Malaysia.”

Sebelum ini, Khairy yang pernah memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan dari 2013 hingga 2018, berkongsi menerusi audio siar (podcast) bersama Shahril Hamdan mengenai peranannya dalam penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, semalam.

Dalam pada itu, turut menegaskan tiada keperluan menaikkan Timbalan CDM Datuk Nicol Ann David kepada Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke temasya tersebut, memandangkan pemegang jawatan itu sekarang Datuk Hamidin Mohd Amin yang disifatkan sebagai seorang yang berkaliber dalam kepimpinannya.

“Komen media sosial, kalau ada satu masalah, cara dan cadangan gugurkan orang tersebut ini bukan cara betul, sebenarnya kena kenal pasti punca masalah tersebut, dalam kes ini bukan punca Hamidin. Bagi saya Hamidin mendengar (setiap masalah dihadapi) dan itu penting.”

Dalam pada itu, Hannah turut bersuara berkenaan dengan isu Selangor FC yang kini sedang hangat, beliau menggesa polis untuk mengeluarkan hasil siasatan yang membabitkan simbahan asid terhadap pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim.

Sumber : Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.