in

Hampir RM150k Lesap, Penganalisis Kewangan Kena ‘Scam’ Pelaburan Tak Wujud

4scam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penganalisis kewangan berusia 42 tahun kerugian RM147,350 selepas terpedaya dengan sindiket skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi laman sosial Instagram.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa telah melihat iklan pelaburan saham di Instagram pada Februari lalu dan kemudian menyertai kumpulan WhatsApp mengandungi 125 ahli yang aktif membincangkan pasaran saham.


Salah seorang ahli kumpulan mendakwa bekerja untuk syarikat sekuriti dari China dan mengajak mangsa menggunakan platform pelaburan dikenali sebagai HTGIC. Namun, mangsa perlu memindahkan wang ke beberapa akaun bank syarikat terlebih dahulu untuk proses jual beli saham,” – Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu

Mangsa yang termakan janji manis suspek telah melakukan 13 transaksi ke lima akaun berbeza berjumlah RM147,350, termasuk wang simpanan peribadi, pinjaman daripada ibunya serta dana milik syarikat.

Screenshot 2025 05 24 at 4.05.35 PM

Namun, sehingga kini, mangsa gagal memperoleh sebarang keuntungan seperti dijanjikan dan tampil membuat laporan polis semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.

 

Baca: Mahasiswi Jadi Mangsa ‘Phone Scam’, Rugi RM64,200

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.