in

Hampir 50 Ribu Kilo Makanan Dibazirkan Setiap Hari Oleh Peniaga Bazar Ramadan

makanan membazir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pembaziran makanan di bulan Ramadan bukan sahaja berlaku di rumah, tetapi turut berlaku kepada peniaga-peniaga yang mana makanan mereka tidak terjual setiap hari.

Sebagai contoh, laporan NST mengatakan pembaziran sehingga 47,610 kilogram (kg) makanan yang dilakukan oleh peniaga-peniaga bazar ramadan di Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja boleh memberi makan kepada 39,675 orang!


Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan, Ummi Kalthum Shuib berkata, kajian pihaknya menunjukkan 52,900kg sampah dihasilkan secara purata setiap hari oleh 5,694 tapak perniagaan di kedua-dua Wilayah Persekutuan tersebut.

pembaziran peniaga bazar ramadan

Lebih menyedihkan, 90% daripada sisa buangan tersebut adalah makanan!

Menurut pengiraan, 90 peratus daripada 52,900kg sampah yang dihasilkan adalah 47,610kg dan sekiranya jumlah tersebut dibahagikan dengan jumlah pengambilan makanan per kapita setiap hari, iaitu 1.2kg, seramai 39,675 orang boleh diberi makan dengan jumlah sisa makanan itu.

Ummi berkata, sebahagian besar bahan buangan itu, iaitu purata 49,800kg, datang daripada 5,260 lot bazar di Kuala Lumpur.

“Setiap lot bazar menghasilkan purata 9.5kg sisa ” – Umi Kalthum

Pun begitu, 81 peratus daripada pengusaha mengatakan bahawa mereka akan mengitar semula lebihan makanan mereka, namun  perkara ini tidak dapat dibuktikan.

 

cats 17

Hanya 16 peratus daripada peniaga bazar Ramadan mendakwa mereka berjaya menghabiskan jualan mereka manakala 74 peratus lagi mengatakan mereka membuang kurang daripada 1kg makanan setiap hari.

Tambahnya, pembaziran makanan ini adalah disebabkan kegagalan pengusaha untuk membuat anggaran dan merancang penyediaan makanan mereka.

Selain itu, peniaga yang menjual makanan yang siap dibungkus juga antara penyebab utama peningkatan pembaziran makanan kerana ia seakan-akan ‘memaksa’ pembeli untuk membeli lebih daripada keperluan mereka.

Meurutnya, untuk mengurangkan pembaziran, orang ramai diminta merancang pembelian mereka di bazar selain menggalakkan pembeli membawa bekas sendiri dan menggunakan beg yang boleh diguna semula.

Baca : “Tong tak salah, tapi..” – [VIDEO] Netizen Kembang Tekak Tengok Penyediaan Ayam Percik Guna Tong Sampah

ft ayam percik tong sampah

Sumber: NST
Sumber: SWCorp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.