Lebih 10.5 juta kanak-kanak di seluruh dunia dilaporkan menjadi yatim piatu atau kehilangan penjaga dengan India menjadi negara paling tinggi dengan mencatatkan 3.9 juta kanak-kanak kehilangan ibu dan bapa.
Kajian yang diterbitkan menerusi jurnal JAMA Pediatrics menyatakan statistik tersebut adalah jauh lebih tinggi daripada anggaran sebelum ini, ekoran jumlah korban sentiasa meningkat.
Kajian sama turut mencatatkan Asia Tenggara merupakan benua yang merekodkan kadar kematian tertinggi.
Sekitar 40.6 peratus kanak-kanak Asia Tenggara menjadi mangsa diikuti Benua Afrika (24.3 peratus), Mediterranean Timur (14.6 peratus), Amerika (14 peratus), Eropah (4.7 peratus) dan Pasifik Barat (1.8 peratus) setakat 1 Mei lalu.
“India sebagai negara terjejas paling teruk setakat 1 Mei lalu dengan 3.9 juta kanak-kanak menjadi yatim piatu akibat COVID-19, Indonesia (660,000), Mesir (450,000), Nigeria (430,000) dan Pakistan (410,000).”
Dilaporkan juga, kadar kematian tersebut dikhuatiri akan memberi kesan jangka masa panjang yang buruk kepada masa depan kanak-kanak terjejas.
Mereka berkemungkinan akan hilang tempat bergantung, masalah penderaan, traumatik, kesihatan mental, hamil di usia remaja dan kesan buruk yang lain.
“Walaupun berbilion dolar dilaburkan untuk mencegah kematian berkaitan COVID-19, hanya sedikit yang digunakan untuk membantu mangsa kanak-kanak..”
Kajian itu juga mencatatkan India sebagai negara paling terjejas sehingga 1 Mei lalu dengan 3.9 juta kanak-kanak menjadi yatim piatu akibat Covid-19 diikuti Indonesia (660,000), Mesir (450,000), Nigeria (430,000) dan Pakistan (410,000).
Baca : Lelaki Itali Jadi Manusia Pertama Dijangkiti Covid-19, Monkeypox & HIV Dalam Masa Yang Sama