in

“Hampir 100 orang hadir” – Jenazah Hud Aryan Selamat Dikebumi Di Tanah Merah

syaz ft 2025 02 27T105007.757

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas kehilangannya selama 72 jam, pencarian kanak-kanak berusia 19 bulan, Hud Aryan akhirnya berakhir namun kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.

Jenazah kanak-kanak itu selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Tiga, Tanah Merah.


Artikel berkaitan: Ibu Saudara Terkilan Orang Ramai Datang Rumah Hud Aryan Sambil Buat ‘Content’

Artikel berkaitan: “Bukan di sungai” – Bapa Yakin Anak Masih Hidup, Ibu Pula Risau Hud Aryan ‘Disembunyi’ Makhluk Halus

Suasana pilu menyelubungi pekarangan tanah perkuburan apabila hampir 100 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir anak tunggal itu, selepas jenazah disolatkan di Masjid Mukim Kuala Tiga kira-kira 1 pagi malam tadi.

Bapa kepada Allahyarham, Mohd Nor Hafifi Saidee, 34, mengucapkan terima kasih kepada semua anggota pasukan keselamatan seperti polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta penduduk kampung yang bertungkus lumus mencari anaknya sejak tiga hari lepas.

Sebelum ini, ibu saudara Allahyarham, Azean Suhaili Sisiliawati Ramley, 42, berkongsi jasad kanak-kanak itu ditemui selepas laungan azan semasa operasi mencari mangsa dijalankan oleh polis dan anggota di kawasan Sungai Kerilla.

“Saya tidak tahu macam mana untuk menggambarkan perasaan sebaik sahaja dimaklumkan mengenai penemuan mayatnya. Allah SWT pinjamkan Hud Aryan selama 19 bulan kepada keluarganya. Kami sekeluarga reda dengan kejadian ini,” katanya.

Pada Isnin, kanak-kanak itu dilaporkan hilang di Kampung Aira Kuala Tiga dan operasi pencarian turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Unit K9 serta penduduk kampung.

Sumber: Kosmo!, Astro AWANI

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.