in

Halang Anak Ketagih Jajan, Ibu Bapa Ini Kunci Rapi Peti Ais Guna ‘Pad Lock’

Ais 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai ibu bapa, anda mesti pernah menghadapi kesukaran untuk mengawal anak-anak daripada ketagih jajan seperti gula-gula, keropok dan lain-lain. Kebiasaannya, mereka akan memberontak apabila tidak diberi apa yang mereka inginkan.

Namun begitu, baru-baru ini tular di TikTok, seorang bapa bertindak mengunci peti ais di rumah mereka menggunakan pad lock. Dengan cara ini, mereka dapat mengawal anak-anak daripada ketagih makanan ringan.


@aniwanis

asyik makan coklat je.. skali ayah kunci Mangga Besar 🤣🤣🤣🤣@MEGS GLOBAL SDN BHD #tiktokmalaysia #fyi #fypシ #megsfamily #funnyhusbandandwife

♬ Backsound Komedi and Prank – Faid rafanda

Kunci peti ais guna pad lock

Video yang dimuat naik oleh Ani Wanis di TikTok menunjukkan suaminya sedang memasang selak dan pad lock pada peti ais rumah menggunakan mesin drill.

Asyik makan coklat je.. sekali ayah kunci mangga besar. – Anis Wanis

Selepas suaminya membuka kunci pad lock tersebut, dapat dilihat isi dalam peti ais kecil itu penuh dengan makanan ringan seperti biskut, coklat, air kotak dan lain-lain. Boleh dikatakan peti ais kecil itu dikhaskan untuk jajan-jajan.

Suaminya juga tak henti mengusik dua orang anak mereka yang berada di situ. Dia memegang kunci pad lock sambil mengusik mereka berkali-kali.

Tak boleh! Kunci ayah pegang! Padan muka!

Artikel berkaitan: “Dah Ada Pelapis Penyanyi Irama Malaysia Ni”- Kanak-Kanak Lelaki Penyeri Majlis, Nyanyi Lagu Lemak Manis

Artikel berkaitan: Netizen Terhibur Gelagat ‘Abah’ dan Rimau Berbalas Tweet Saling Mengusik Satu Sama Lain

Guna mangga SOLEX!

Salah seorang anak mereka bertanya apa maksud mangga? Lalu bapa mereka berkata,

Haa ni lah mangga! SOLEX! Bukan mangga biasa tau, SOLEX!

Seperti yang kita tahu, pad lock jenama SOLEX adalah salah satu jenama pad lock yang berkualiti tinggi.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen bergelak ketawa melihat gelagat keluarga ini dan kagum dengan cara mereka mengawal anak-anak mereka daripada ketagih makan jajan.

Ais 1 Ais 2

Kelakar tengok family! Si ayah tu mesti suka mengusik anak-anak.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.