in

Hair Tourniquet: Ibu Kongsi Doktor Kena Potong Isi Kulit Bayi Gara-Gara Jari Terlilit Objek Halus

Jari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui yang anggota badan bayi bukan sahaja kecil, tapi kulit mereka juga sangat nipis dan sensitif jika nak dibandingkan dengan orang dewasa. Kadang-kadang walaupun ibu bapa sudah berusaha yang terbaik untuk melindungi anak masing-masing daripada sebarang kecelakaan, namun risiko kebarangkalian insiden tetap boleh berlaku.

Jari terlilit objek halus, doktor terpaksa buat ‘operation’


Baru-baru ini, tular perkongsian di Facebook oleh Puan Fatimah Az Zahra mengenai dugaan anak perempuannya yang mengalami hair tourniquet syndrome (HTS). Ia biasanya terjadi ketika sehelai rambut atau benang terlilit pada bahagian jari kaki atau tangan bayi.

7 1

Sejak ditahan 14 Jun lalu di pusat rawatan, si ibu memaklumkan yang doktor bakal melakukan prosedur untuk memotong serta mengeluarkan objek halus tersebut.

8 3

Pantau anak, si ibu kena cakna risiko rambut gugur

Disebabkan kejadian itu, Puan Fatima Az Zahra menasihati ibu bapa di luar sana agar sentiasa memantau dan memerhatikan setiap anggota badan anak sebelum insiden jadi lebih buruk. Tambah-tambah lagi jika bayi tengah dalam mod aktif mahu pegang semua benda dan kebetulan ibu pula mempunyai kondisi rambut senang gugur.

Ujarnya lagi, si cilik bernama Laila Felinda itu langsung tak meragam walaupun jarinya sudah lama membengkak. Mana taknya, reaksi sesetengah bayi selalunya akan menangis kuat dan merengek tetapi bukan bayinya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar operasi pembedahan bayi tersebut berjalan lancar dan netizen juga berkongsi pengalaman sama bayi terkena sindrom HTS.

1 12

Rambut gugur pun sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada bayi. Ibu bapa kena sentiasa ambil langkah berjaga-jaga ya!

Baca: “Kaitkan Masalah Bayi Meleleh Air Liur Punca Rambut Ibu Gugur, Ini Respon Doktor Pakar”

Page Gugur

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.