Teki-teki kemelut rumah tangga Hafiz Suip akhirnya terjawab selepas penyanyi itu mengesahkan dia sedang dalam proses perceraian dengan isterinya, Nureffy Jasreel.
Menerusi satu temu bual bersama Melodi TV3, Hafiz atau nama sebenarnya, Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, berkata dia bersedia untuk melepaskan isterinya itu jika mereka sudah tiada persefahaman.
“Saya cuma nak selesaikan dengan cara yang baik tanpa ada gangguan daripada pihak-pihak yang lain. Cukup saya simpan sendiri perkara ini.
“Kalau dah memang kami sudah tiada persefahaman, saya akan lepaskan dengan cara baik.
“Saya tak mahu rumitkan keadaan, biarlah semuanya selesai cara baik, jangan anak-anak pula jadi mangsa keadaan,” katanya.
Artikel berkaitan: “Asal media cakap dia hilang?” – Hafiz Suip Kongsi Foto Dengan Anak-anak, Luah Rasa Rindu
Artikel berkaitan: Terlibat Dalam Pergaduhan Di Jalan Raya, Hafiz Suip Jalani Bon Berkelakuan Baik 6 Bulan
Katanya, buat masa sekarang, mereka sedang berunding berkenaan hak penjagaan anak-anak di samping memaklumkan dia mahu menyelesaikan perkara itu dengan cara yang baik.
“Kami masih suami dan isteri cuma tidak sebumbung disebabkan dalam proses cerai.
“Kami sedang berunding hak penjagaan anak-anak,” katanya.
Pelantun lagu Kisah Cinta Kita itu memaklumkan dia sebolehnya mahu menyelesaikan masalah rumah tangganya itu dengan baik tanpa ada campur tangan orang luar.
Dalam kesempatan itu, Hafiz meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.
Sekadar info, Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Nureffy pada 14 Mei 2016 dan pasangan itu telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyahd Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5.
Sumber: Harian Metro