Semalam, kecoh diperkatakan di media sosial mengenai dakwaan, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, yang juga isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi telah menggugurkan kandungan secara haram pada usia kandungan 14 minggu.
Walau bagaimanapun, Nurul Shuhada menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa dia telah mengalami pendarahan ketika sedang solat Subuh hingga menyebabkan dia kehilangan kandungan itu, lapor Berita Harian.
https://www.instagram.com/p/CrUu3O4LLbN/
Hafidz dakwa isteri minta duit untuk gugur kandungan?
Susulan isu berkenaan, Hafidz yang ditemui ketika perbicaraan sebutan pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya di Mahkamah Syariah Shah Alam hari ini menjelaskan bahawa dia telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Menerusi laporan hLive, Hafidz berkata, dia telah menerima berita mengenai keguguran yang dialami isterinya pada 5 Mei lepas dari peguam.
Terus terang Hafidz cakap, Hafidz sangat sedih…” katanya.
https://www.instagram.com/p/CsAeX0cJyVb/
Dakwanya lagi, Nurul Shuhada sebelum ini telah menghantar WhatsApp kepadanya memberitahu keinginan untuk melakukan pengguguran kandungan.
Namun selepas mendapat tahu isterinya mengalami keguguran, Hafidz telah membuat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat membuat siasatan. Tambahnya lagi, Shuhada juga telah meminta wang daripadanya untuk melakukan proses tersebut.
Tahu-tahu dia dah gugur. Bila tahu dia gugur, saya terpaksa buat laporan polislah untuk pihak polis buat siasatan.
“Sebab dia meminta duit daripada saya, kos keguguran. Saya tak tahu sebab dia tak ada bukti resit, bukti hospital,” kata Hafidz.
Kes Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada ditangguhkan pada 20 Jun depan.
Baca: Nurul Shuhada Keguguran, Nafi Dakwaan Gugurkan Kandungan Secara Haram