in

“Hafal lirik tanpa sedar mesej” – PHM Kongsi Maksud Tak Senonoh Dalam Lirik Lagu APT

Ft Bruni Mars Rose

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagu terbaru daripada penyanyi Korea ROSÉ dan Bruno Mars, APT kini sedang menjadi siulan orang ramai dan ia turut digunakan sebagai latar bunyi di media sosial untuk membuat hantaran dan sebarang kandungan.

Tidak dinafikan lagu ini juga sedang bermain di fikiran kita dan pastinya lagu ini akan dimainkan ketika kita berada di dalam kenderaan dan ia juga dijadikan senarai lagu pilihan kita di mana sahaja. Namun begitu, Public Health Malaysia (PHM) tampil memberi keterangan tentang bait liriknya yang boleh memberikan pengaruh negatif kepada kita.


Artikel berkaitan : Zahirah MacWilson Ditegur, Sanggup Buat Adegan Merokok Demi Watak Walau Tak Suka

Artikel berkaitan : “Jangan lari dulu” – NGO Kesihatan Kongsi Tips Hapus Lipas Dalam Tandas, Komen Netizen Bikin Dekah

Antara bait lirik, Rosé menyanyikan:
“Kissy face, kissy face / Sent to your phone, but / I’m tryna kiss your lips for real.”

Bruno Mars menambah:
“Turn this apateu into a club / I’m talkin’ drink, dance, sm*ke, freak, party all night.”

“Penggunaan istilah ‘APT.’ atau ‘apartment’ sebagai simbolik untuk tempat pertemuan dalam konteks menggoda juga memperlihatkan normalisasi terhadap tingkah laku yang bertentangan dengan nilai-nilai budaya timur.”

Dalam pada itu, PHM juga menyatakan ia adalah satu perkara yang membimbangkan kerana golongan muda akan menghafal lirik lagu ini tanpa menyedari mesej yang ingin disampaikan.

Jadi sebagai ibu bapa, pendidik dan masyarakat, PHM memesan agar setiap daripada kita harus peka terhadap pengaruh budaya Barat yang kini seolah-olah telah diterima tanpa tapisan.

Bagaimanapun, mungkin ada interpretasi lain tentang lagu ini yang akan dipertahankan oleh peminat. Namun, ia bergantung kepada diri kita untuk menilainya.

Sumber : Facebook Public Health Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.