in

Hael Husaini Nafi Khabar Angin Bertunang Dengan Dayang Nurfaizah

hael husaini nafi bertunang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular desas desus yang mendakwa bahawa penyanyi yang popular dengan lagu Jampi, Hael Husaini telah bertunang dengan penyanyi, Dayang Nurfaizah.

Namun, ternyata perkara itu hanyalah khabar angin sahaja kerana Hael telah tampil menafikan perkara tersebut ketika ditanya oleh media, lapor Berita Harian.


Menurut Hael, khabar angin itu hanyalah gosip semata-mata dan ia bukanlah disebarkan oleh dirinya.

WhatsApp Image 2025 06 01 at 12.25.52 PM

Difahamkan, dakwaan bahawa Hael sudah bertunang dengan Dayang sebelum ini telah tular di platform media sosial TikTok.

Rata-rata warganet yang mempercayai dakwaan tersebut juga telah mengucapkan tahniah kepada kedua-dua penyanyi ini menerusi ruangan komen video TikTok tersebut.

WhatsApp Image 2025 06 01 at 12.25.46 PM

Artikel Berkaitan: “Bila orang kata AF macam mee segera” – 6 Dari 10 Finalis AJL Adalah Bekas Pelajar AF, Aznil Luah Rasa Bangga

Artikel Berkaitan: “Ia hanya spekulasi peminat”- Tular Desas Desus Bakal Berkahwin Pada 25 Mei, Ini Respon Fattah Amin

Hael yang berusia 36 tahun itu bagaimanapun meminta peminat untuk menyokong dan mendengar lagu baru dari album barunya tidak lama lagi yang berjudul Antonim Part 2.

Selain itu, ramai juga peminat penyanyi ini yang selalu menjodohkan dirinya dengan Dayang.

Namun, menurut Hael, dia tidak mengambil serius akan perkara itu kerana baginya dia tidak mampu untuk menghalang keinginan peminat.

Untuk pengetahuan semua, Hael dan Dayang mempunyai lagu duet popular yang berjudul ‘Haram’.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.