in

Hadiah Dari Tuhan: Drama Pertama Tentang Realiti Kehidupan Ketika Pandemik Covid-19! Ada Watak B40, M40, T20 & ‘Struggle’ Frontliners

Ft Hdtbg

Tahun 2020 yang lepas memang sangat mencabar dan sukar bagi rakyat di negara kita.  Ramai kehilangan kerja, dipotong gaji dan elaun dek kerana syarikat kerugian. Kita juga dapat lihat sendiri perit jerih frontliners dalam memerangi wabak Covid-19 sejak awal 2020 lagi.

Kalau korang nak tahu, Media Prima baru terbitkan drama bersiri pertama yang menceritakan tentang realiti kehidupan rakyat berbeza taraf dan frontliners ketika penularan wabak Covid-19 di negara kita berlaku.

 

Kisah realiti masyarakat ketika wabak Covid-19 menular

Drama Hadiah Dari Tuhan arahan Fairuz Loy itu menampilkan barisan pelakon seperti Syafi Tee, Riena Diana, Sophia AlBarakbah, Dynas Mokhtar, Amy Mastura, Fezrul Khan, Fauziah Nawi dan ramai lagi.

Drama7

Mempunyai 13 episod, ia menceritakan tentang dugaan yang dilalui 3 remaja berbeza latar belakang dan taraf hidup ketika negara diserang wabak Covid-19.

  • B40: Qul (Syafi Tee) yang menyara keluarga selepas ibu bapanya maut dalam kemalangan diuji apabila dia kehilangan kerja dan apabila adik serta neneknya disahkan positif Covid-19. Pada masa yang sama, Qul menjadi buah mulut penduduk sekitar yang menuduhnya menjadi punca penularan kes di kawasan tempat tinggalnya
  • M40: Ika (Riena Diana) terpaksa redha apabila ibu yang sangat rapatnya itu terdedah dengan bahaya Covid-19 kerana bekerja sebagai salah seorang frontliner. Selain itu, Ika juga menanggung rasa rindu terhadap ibunya, Jannah (Amy Mastura) yang perlu bertugas bertungkus lumus dalam memerangai wabak ini

  • T20: Bella (Sophia AlBarakbah) lahir dalam keluarga yang senang, tinggal di banglo yang besar dan hidup dalam suasana mewah. Namun hidupnya sedih dan tidak bahagia apabila kedua ibu bapanya lebih mementingkan kerja berbanding anak

Penularan wabak bahaya ini di Malaysia memberikan ketiga-tiga remaja ini dugaan, tekanan dan membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka.

 

Dah mula tayang 30 Disember 2020, tapi jangan risau…

Drama Hadiah Dari Tuhan sudah mula ditayangkan pada 30 Disember lepas pada hari Rabu hingga Sabtu di Slot Lestary TV3. Bagi korang yang baru tahu dan terlepas beberapa episod, jangan ‘gubra’. Rileks, sebab korang tonton secara PERCUMA di iQIYI.

Hadiahdarituhan Poster2 4 5

Apa yang best iQIYI ni?

  • Korang boleh download setiap episod secara offline, lepas tu tengoklah puas puas tanpa perlu guna internet!
  • Kalau korang busy waktu drama ni ditayangkan di TV, boleh tengok balik di iQIYI lepas jam 10 malam pada hari yang sama!
  • Ada subtitles. BM ada, English pun ada!
  • Paling best, of course sebab korang boleh tengok drama melalui handphone, laptop atau smart TV. Pilih je nak yang mana!

Best tau iQIYI ni sebab ada tayangkan drama terbaru di TV, so takdelah drama ni dah ‘basi’ baru ada dalam app, kan? Lagi satu drama terbaru yang tengah ditayangkan di iQIYI adalah Bougainvillea lakonan Beto Kusyairy (favorite admin ni!), Intan Ladyana, Nora Danish dan ramai lagi.

Drama5

 

Bila lagi nak tengok Nora bawa watak jahat!

Apa yang buat lagi excited, mestilah nak tengok Nora Danish bawa watak antagonis! Yes, Nora yang selalu kita tengok bawa watak heroin, baik dan bermain dengan air mata tu… Beto pula kita selalu tengok dia berlakon watak kelakar, sempoi dan gangster tapi kali ini watak dia dalam drama Bougainvillea lebih ‘berat’.

Sama macam Hadiah Dari Tuhan, drama Bougainvillea pun dah ditayangkan beberapa episod sejak 28 Disember 2020 tapi of course korang boleh tonton dekat iQIYI secara PERCUMA dan EKSKLUSIF okay!

Drama 15 episod yang ditayangkan di slot Samarinda ini menceritakan tentang pasangan suami isteri, Adrian dan Aryanna yang hidup bahagia bersama 2 orang anak mereka. Segalanya berubah apabila Aryanna terlibat dalam kemalangan tragis yang menyebabkan dia koma.

Adrian mengupah Mimie sebagai jururawat peribadi untuk menjaga isterinya di rumah mereka kerana mahu menumpukan perhatian terhadap kerjaya. Namun, tanpa disangka-sangka Mimie rupa-rupanya menyimpan perasaan dan obses yang mendalam terhadap Adrian.

Drama6

Kalau nak tahu kesudahan kedua-dua drama ni, jangan lupa tonton di iQIYI. Senang je, download, daftar dan boleh terus tonton secara percuma dan eksklusif!