in

“Habistu umat Islam pakai cosplay ala anime, takkan tak menakutkan?” – Caprice

ft caprice sindir umat islam pakai cosplay ala anime

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai perarakan oleh pemuda PAS di Setiu, Terengganu dalam  Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2023 baru-baru ini menjadi hangat apabila video perarakan itu tular dan mengundang tentangan ramai pihak.

Malah isu ini telah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa dan tindakan telah diambil di mana Berita Harian melaporkan bahawa  beberapa pemuda yang terlibat dalam perarakan itu telah dipanggil oleh pihak polis.


Bahkan, Ketua Pemuda PAS Marang, Yusof Abdul Hadi menyatakan bahawa barang replika bersenjata itu telah pun diserahkan kepada pihak polis.

 

“Mana lagi seram, hijabi Naruto ataupun outfit ottoman empire sejarah Islam?”

Dengan kehangatan isu ini, ia membuatkan Caprice rasa terpanggil untuk memberikan pendapatnya menerusi akaun TikTok miliknya semalam.

Dalam video yang berdurasi 1 minit 22 saat yang telah memperoleh 39K jumlah tontonan dalam masa sehari itu, Caprice menyatakan bahawa perkara ini diperbesarkan kerana terlalu ramai orang yang menjadi ekstrimis dan baginya tiada apa perkara yang menggerunkan.

“Kalau benda ini menakutkan umat Islam dekat Malaysia, habis tu apabila umat Islam pakai baju Cosplay ala-ala anime, takkan benda tu tak menakutkan umat Islam? Jadi anda semua, mana yang lebih menakutkan umat?”

Caprice turut menegaskan bahawa perjuangan Islam bukanlah sesuatu perkara yang membahayakan, dia menegaskan bahawa perkara yang membahayakan adalah perjuangan Islam disifatkan sebagai ekstrimis.

https://www.tiktok.com/@tigerofalquds/video/7202228491272736026

Netizen sokong pendapat Caprice

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pendapat Caprice dan menyokong dengan apa yang dikatakan ini.

Screenshot 2023 02 22 111439 1 Screenshot 2023 02 22 111508 1 Screenshot 2023 02 22 111535 1 Screenshot 2023 02 22 111653 1

Apa pendapat korang pasal isu ni?

Baca : Ketua Pemuda PAS Marang Perjelas Tujuan Sebenar Berarak Bawa Alat Senjata Tajam

ft ketua pemuda pas marang 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.