in

“Habis kuota cuba minta IC keluarga” – Dakwa Minyak Mahal, Majikan Minta Pekerja Guna BUDI95 Untuk Syarikat

majikan minta pekerja guna budi95 untuk syarikat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, ramai yang berkongsi pengalaman menikmati BUDI95 di media sosial. Perkongsian itu sedikit sebanyak memberi gambaran kepada mereka yang belum menggunakan inisiatif yang dilaksanakan kerajaan ini.

Dalam pada ramai yang berkongsi pengalaman menikmati subsidi itu, ada juga perkongsian luahan daripada seorang pekerja yang mendakwa majikannya cuba mengambil kesempatan atas pemberian subsidi tersebut.


Majikan minta pekerja guna BUDI95 untuk syarikat

Pekerja itu meluahkan rasa tidak puas hati apabila majikannya didakwa telah mengarahkan para pekerja untuk menggunakan BUDI95 yang diterima bagi urusan kerja.

Artikel berkaitan: Pelanggan Naik Angin Di Stesen Minyak Tak Tentu Pasal, Ingatkan BUDI95 Boleh Isi Minyak ‘Free’

Artikel berkaitan: ”Boleh ulang-alik Kodiang 6 kali sebulan!” – Ramai Persoal Kuota RON95 300 Liter Sebulan Tak Cukup, Ini Respon Netizen

Menerusi hantaran yang dikongsikan di platform media sosial, dia turut memaparkan tangkap layar mesej daripada majikannya.

Dalam mesej itu, majikannya berkata bermula 30 September, semua pekerja iaitu pemandu perlu mengisi minyak menggunakan subsidi yang diberi kerajaan.

Katanya arahan itu dibuat dengan alasan bagi menjimatkan kos operasi syarikat, khususnya melibatkan perkhidmatan menghantar pelanggan.

03ee7c23 ic isi minyak bernama 3

Lebih teruk lagi, arahan berkenaan turut meminta para pekerja menggunakan MyKad ahli keluarga sekiranya mereka sudah kehabisan kuota 300 liter sebulan. Malah, turut menyeru agar pekerja berjimat dalam penggunaan minyak dipercayai untuk menjimatkan kos operasi syarikat.

“Mula 30 September semua pemandu wajib guna IC isi minyak. Jika habis kuota cuba dapatkan IC ahli keluarga. Tolong jimat penggunaan minyak,” tulis majikannya.

Susulan itu, lelaki berkenaan meminta pendapat orang ramai adakah tindakan terbabit adil bagi pekerja sepertinya.

Dalam perkongsian susulan, majikan sekali lagi memohon untuk memberi kerjasama selepas mendapati para pekerjanya mengisi minyak tidak menggunakan kad pengenalan masing-masing. Malah, majikan itu turut mengugut untuk merombak gaji jika kos operasi syarikat bertambah.

“Kenapa semua isi minyak tak bagi IC ni? Mahal minyak ni mana boleh semua syarikat nak tanggung. Tolong bagi kerjasama… atau akan ada rombakan gaji jika kos bertambah.”

Menurut lelaki itu lagi, kenderaan yang digunakan pekerja bukanlah atas nama syarikat tetapi nama persendirian (ahli keluarga majikan).

Rata-rata netizen yang melihat perkongsian itu tidak bersetuju dan menasihati agar lelaki terbabit mempertahankan haknya.

Sumber: Kosmo!

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.