Seorang guru tahfiz berusia 45 tahun dari Jawa Barat, Indonesia ditahan polis atas tuduhan merogol seorang pelajarnya yang berusia 13 tahun.
Suspek melakukan perbuatan terkutuk tersebut di rumahnya sendiri yang berdekatan dengan Rumah Tahfidz Darul Ilmi miliknya.
Artikel berkaitan : “Nak kena rogol?” – Guru Luah Kebimbangan Pelajar Sekolah Berani Ugut Rogol Guru Sendiri
Artikel berkaitan : Da’i Syed Dipenjara 10 Tahun & 3 Sebatan Sebab Merogol
Ketua Polis Daerah Tasikmalaya, Faruk Rozi berkata, suspek telah melakukan perbuatan keji itu dari tahun 2023 hingga Disember 2024 sebanyak 10 kali.
“Berdasarkan hasil pemeriksaan kami, suspek melakukan aksi tersebut dengan cara menipu mangsa.”
Difahamkan, suspek memanggil mangsa yang sedang duduk di Rumah Tahfiz datang ke rumahnya untuk kemas rumah.
“Tersangka kemudian datang ke rumahnya dan langsung mendokong mangsa dan membawanya ke ke biliknya sebelum merogol mangsa.”
Apa yang lebih aneh lagi, suspek siap berpesan kepada mangsa untuk mandi wajib selepas merogolnya dan rahsiakan perkara itu.
“Jadi suspek berkata kepada mangsa habis ini mandi wajib ya, jangan beritahu ke siapa-siapa. Ini rahsia kita.”
Sebelum ini, polis memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima laporan mengenai kes ini daripada ibu bapa mangsa.
“Polis melakukan pemeriksaan berkaitan dengan kes terhadap pelajar di bawah umur. Dalam siasatan, suspek mengakui telah menyetubuhi sebanyak empat kali sejak akhir tahun 2023 hingga November 2024,” kata ujar Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bandaraya Tasikmalaya, Herman Saputra.
Ini kerana, ibu bapa ada maklumkan bahawa dia mula rasa pelik melihat perubahan fizikal anaknya yang ‘nampak lain’ lepas pulang dari tahfiz itu.
Mangsa bagaimanapun menceritakan perkara yang berlaku dalam keadaan takut selepas ditanya.
Katanya lagi, pihak mereka kini sudah mempunyai cukup bukti dan proses siasatan seterusnya akan melengkapkan pelbagai perkara yang diperlukan untuk membawa kepada proses perundangan.
“Kami terkejut apabila anak perempuan saya menjawab dan berkata pimpinan Pusat Tahfiz Daarul Ilmi dikenali sebagai AR, telah menyetubuhinya sejak tahun 2023 hingga bulan November 2024 lebih dari 10 kali dilakukan secara paksa.”
Kes disiasat mengikut Perkara 81 atau pasal 82 Undang-Undang Republik Indonesia No 35 tahun 2014 tentang jenayah persetubuhan atau jenayah perlindungan kanak-kanak dengan hukuman penjara 15 tahun jika sabit kesalahan.
Sumber : Harapan Rakyat