in

Guru Tadika Islamik Mengadu Nasib, Dapat Gaji RM 450 Je Sebulan

page gaji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermula 1 Mei 2022 yang lalu, kerajaan telah memutuskan bahawa gaji minimum ditetapkan sebanyak RM 1,500 bagi seluruh negara. Pelaksanaan itu dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Walau bagaimanapun, isu gaji ini masih lagi menjadi satu topik hangat di kalangan netizen malah ada beberapa majikan yang tak bertanggungjawab memberikan gaji rendah dan tak setaraf dengan jenis pekerjaan yang dilakukan.


Baru-baru ini, seorang guru di sebuah tadika Islamik mengadu nasib kepada personaliti TV terkenal iaitu Fedtri Yahya tentang gajinya yang hanya dibayar sebanyak RM 450 je sebulan. Perkongsian itu dimuat naik oleh Fedtri di Twitter miliknya @fedtriyahya.

Dari direct message (DM) guru ini kepada Fedtri, dia bertanyakan sama ada pendapatan gaji dengan amaun sebegitu adalah normal tambah pula dengan keadaan ekonomi sekarang yang semakin meningkat.

“Tak dapat dibayangkan…”

Kapsyen yang ditulis oleh Fedtri juga cukup untuk menggambarkan yang dirinya turut tak sangka masih ada pekerja yang diberi gaji kecil dan majikan yang tidak mengikut Perintah Gaji Minimum (PGM) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Bukan tu je, Fedtri turut kongsikan mesej yang dihantar oleh individu lain di bahagian thread yang mengalami masalah sama malah tidak mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

tweet 1 2

“Bekerja dah hampir 10 tahun pun dapat RM 500 je”

Masih lagi dalam rantaian thread isu yang sama, seorang lagi individu menegaskan bahawa dirinya bersuara tentang hal gaji yang diberikan bukanlah untuk dirinya seorang tetapi untuk pekerja lain yang turut mengalami masalah yang sama.

“Kebanyakan rakan kerja dah berusia dan ada yang dah bekerja hampir 10 tahun tapi masih lagi bergaji RM 500 sebulan”

Tweet yang dimuat naik oleh Fedtri pada Selasa lepas mendapat lebih dari 5K retweet dan telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang mengharapkan agar pihak tertentu mengambil tindakan kepada majikan yang tak bertanggungjawab.

Buntang kejap lah mata min tadi bila tahu ramai juga kena nasib yang lebih kurang sama…

Baca: “Duit gaji saya habis dijolikan” – Wanita Rela Perabis RM12K Upah Pembunuh Bunuh Suami ‘Playboy’

untitled 1 17

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.