Dari teruja bertukar kecewa, itulah perasaan yang dialami pelajar-pelajar sebuah sekolah yang mengikuti program anjuran sebuah jabatan pendidikan negeri baru-baru ini.
Perkara itu dimuat naik oleh seorang guru dikenali sebagai Abdul Muiez di Facebook, yang berkongsi luahan seorang penjaga mengenai kekecewaan pelajar apabila mendapati kotak yang disangka mengandungi ayam goreng McD, hanyalah berisi roti berkrim beserta air kotak.
“Saya dihubungi oleh seorang penjaga yang mana anaknya terlibat dalam satu program peringkat negeri yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan negeri xxx.
“Mula-mula pandang kotak,bukan main riang anak dan kawan-kawannya. Sekali buka, terus berubah muka. Begitulah harapan yang dicapati,” katanya.
Guru itu juga berkongsi tangkap layar perbualan bersama penjaga berkenaan mengenai situasi yang berlaku.
Menerusi hantaran mesej perbualan penjaga itu, dakwanya terdapat pelajar berubah muka apabila mendapati isi di dalam kotak makanan itu tidak sama seperti yang disangkakan.
“Tak dapat bayangkan jika ada salah seorang daripada kanak-kanak itu yang berharap itu adalah McD sebenar. Harap penganjur lebih prihatin, terima kasih.”
Difahamkan, bukan sekali dilakukan sebegitu kerana bungkusan untuk sarapan juga dibungkuskan dalam beg kertas berlogo McDonald’s, tetapi di dalamnya juga berisi roti dan air kotak.
Isu terbabit tular dan beberapa pihak atasan telah menghubungi guru tersebut. Difahamkan, guru itu telah menghantar mesej kepada pihak yang terlibat namun tiada respon setakat ini.
“Sebelum saya tulis, saya dah hubungi PIC seperti yang ada dalam surat. Tapi hanya dapat bluetick. Jawab salam pun tidak.
“Saya bukanlah nak jawapan spesifik. Cukuplah dengan jawab salam dan cakap, nanti kami akan siasat. Itu saja.
“Tapi itulah. Bila senyap macam mana masalah nak selesai?” katanya.
Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai, rata-rata netizen mengkritik tindakan pihak berkenaan yang telah memberi harapan palsu kepada pelajar-pelajar tersebut.
Hmm, harap ada alasan munasabah tentang isu ini. Kita yang dewasa pun boleh kecewa juga, apatah lagi budak-budak.
Baca: Viral Animasi ‘Skibidi Toilet’ Di Youtube, Guru Tadika Mohon Ibu Bapa Larang Anak Tonton Sebab..