Seorang guru di Indonesia baru-baru ini mendapat perhatian daripada netizen selepas ibu bapa salah seorang pelajarnya telah membuat laporan polis dan menuntut guru berkenaan untuk membayar IDR 50 juta atau sekitar RM 15,000!
Akbar Sarosa merupakan seorang guru Pendidikan Agama Islam di SMK Negeri 1 Taliwang Sumbawa Barat ini telah dilaporkan ke pihak polis oleh ibu bapa pelajar yang tidak berpuas hati kerana didenda.
Menurut laporan Tribunnews, Akbar bertindak untuk mendenda anak muridnya tersebut kerana tidak sertai solat berjemaah dan perkara tersebut tidak boleh diterima oleh ibu bapa pelajar berkenaan.
Artikel berkaitan : “Tak payah jadi coach lah” – Jurulatih Badminton ‘Naik Angin’ Baling Kerusi Kepada Pemain
Artikel berkaitan : “Pegawai bank pun tak tau nak jawab” – Guru Selar Soalan Matematik Darjah 3 Tak Masuk Akal
Insiden ini telah tular di Indonesia, bukan sahaja kerana respons yang diberikan oleh ibu bapa pelajar berkenaan tetapi Akbar juga dikatakan telah diugut oleh ibu bapa pelajar tersebut dengan tuntutan sama sebanyak IDR 50 juta.
@deni_ali28 Sedih sekali melihat keadaan Guru Saat ini. Semuanya Serba Salah? #savepakakbar #pgri #pgrisumbawabarat #gurusmk1sumbawabarat ♬ suara asli – Deni Ali
Berdasarkan keterangan Akbar Sarosa, dia pada mulanya meminta pelajarnya untuk mengerjakan solat zohor secara berjemaah apabila sudah masuk waktu solat.
Namun terdapat 3 orang pelajar yang tidak mengendahkan arahannya untuk solat berjemaah dan langsung tidak melayan teguran Akbar.
Pelajar-pelajar tersebut seterusnya dihukum dengan memukul tapak tangan dan bahu.
Pun begitu, mereka telah melaporkan perkara itu kepada ibu bapa masing-masing dan salah seorang dari mereka telah membuat laporan polis tentang hukuman berkenaan.
Sumber : Tribunnews | TikTok