in

Guru Agama Dihukum Mati, Bersalah Rogol 13 Anak Murid Sampai 8 Daripadanya Mengandung

Herry Wirawan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Harapkan pagar, pagar makan padi.

Itulah peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan tindakan seorang guru agama yang juga pengasas sebuah sekolah berasmasa penuh Islam yang didapati bersalah merogol 13 orang anak muridnya.


Lebih mengejikan apabila sekurang-kurangnya lapan daripada 13 mangsanya disahkan mengandung hasil jenayah itu.

1890753

The Star melaporkan, Herry Wirawan didapati bersalah melakukan jenayah jijik itu antara tahun 2016 dan 2021. Ketika kejadian, kesemua mangsa masih berada di bawah umur.

Mahkamah Tinggi Bandung dalam pada itu, mengekalkan hukuman mati yang sebelum ini sudah dijatuhkan pada Herry selepas rayuan suspek untuk mendapat hukuman penjara seumur hidup ditolak.

Tidak cukup dengan itu, mahkamah juga mengekalkan keputusan bahawa Herry perlu membayar sekitar RM90,000 sebagai ganti rugi kepada mangsa.

Selain itu, aset suspek turut dibekukan dan bakal dilelong. Hasil lelongan pula bakal digunakan untuk membantu kewangan mangsa dan anak mereka.

Difahamkan, kesemua mangsa Herry adalah anak muridnya yang bersekolah di sekolah agama berasrama penuh diasaskannya untuk kanak-kanak dari golongan kurang berkemampuan.

Sumber: The Star

Baca: Guru Mengaji Didakwa Atas 10 Kes Rogol & 7 Kes Jenayah Seksual Kepada Dua Beradik

Guru Mengaji Rogol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.