Malam semalam, Gunung Ruang, Indonesia telah meletus buat pertama kali kira-kira jam 9.45 malam mengikut waktu tempatan.
Menerusi Kosmo!, pihak berkuasa Indonesia telah mengeluarkan amaran tsunami dan gunung berapi itu telah menghamburkan abu setinggi lebih 1 km ke udara hingga memaksa beratus-ratus mangsa untuk berpindah.
Artikel berkaitan : Gunung Berapi Di Semeru & Stromboli Meletus Pada Hari Yang Sama
Artikel berkaitan : Gunung Berapi Terbesar Dunia Mauna Lao Meletus Selepas 38 Tahun
Penerbangan Malaysia terjejas
Susulan dengan kejadian itu, dua syarikat penerbangan tempatan iaitu Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah dan Sarawak.
Sebanyak 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur yang dibatalkan oleh Malaysia Airlines adalah MH7420 (KUL-TWU), MH7421 (TWU-KUL), MH2612 (KUL-BKI), MH2621 (BKI-KUL), MH2710 (KUL-SDK), MH2711 (SDK-KUL), MH2610 (KUL-BKI), MH2611 (BKI-KUL), MH7404 (KUL-BKI), MH7405 (BKI-KUL) dan MH2613 (BKI-KUL).
“Lapan penerbangan Sarawak dan Kuala Lumpur yang dibatalkan adalah MH2520 (KUL-KCH); MH2513 (KCH-KUL); MH2542 (KUL-KCH); MH2543 (KCH-KUL); MH2574 (KUL-MYY); MH2575 (MYY-KUL); MH2742 (KUL-BTU) dan MH2473 (BTU-KUL).”
“Memandangkan keadaan berubah-ubah, Malaysia Airlines akan terus memantau secara dekat sebarang perkembangan terkini. Maklumat lanjut mengenai pembatalan penerbangan akan dikemas kini dan dimaklumkan terus kepada penumpang yang terjejas.”
Dalam pada itu, pihak Malaysia Airlines kini sedang usahakan penumpang yang terjejas akibat pembatalan itu kepada penerbangan alternatif sebaik sahaja keadaan bertambah baik.
“Penumpang diminta untuk mengemaskini butiran hubungan mereka melalui My Booking di laman web Malaysia Airlines untuk menerima kemas kini dari semasa ke semasa melalui e-mel dan SMS.”
“Keselamatan penumpang dan anak kapal menjadi keutamaan kepada Malaysia Airlines.”
Sementara itu, Air Asia pula telah membatalkan 16 penerbangan mereka, oleh itu, mana-mana pelanggan yang terjejas boleh buat perubahan sekali kepada mana-mana tarikh perjalanan baharu dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal pada laluan sama tanpa kos tambahan. Ia tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.
Kilat ketika gunung berapi meletus
Tular di media sosial juga memperlihatkan kejadian itu dari dekat, biarpun kelihatan menggerunkan namun ia menarik perhatian ramai warganet yang melihat kilat sabung menyabung di sekeliling lava itu.
Letusan gunung berapi di Gunung Ruang yang baru terjadi malam ni di Sulawesi Utara. It looks so scary. May all the people in that area are safe.pic.twitter.com/5Ff0YDzzbz
— izzi beraya (@IzzraifHarz) April 17, 2024
Menurut warganet yang telah menemui hasil pencarian di Google, kejadian ini dinamakan sebagai Volcanic Lightning.
Jelasnya, ia terjadi bukanlah dari ribut petir biasa. Ianya muncul akibat perlanggaran daripada zarah-zarah abu vulkanik yang pecah, yang jadi penyumbang dalam menjana elektrik statik dekat kepulan gunung berapi itu, ia juga dipanggil sebagai dirty thunderstorm.
Untuk bahasa lebih mudah, partikel dalam debu gunung berapi berlanggar antara satu sama lain menghasilkan elektrik statik, maka jadilah kilat.
Sumber : Kosmo! Berita Harian, X