Dua gunung berapi iaitu Stromboli di Itali dan Gunung Semeru di Indonesia, meletus pada hari yang sama, seminggu selepas letusan Mauna Loa di Hawaii.
Gunung Semeru yang terletak di Jawa Timur, Indonesia mula meletus pada Ahad, kira-kira jam 2.46 pagi waktu tempatan dan abu gunung berapi itu telah menghujani kawasan tempat tinggal berhampiran.
BREAKING: Indonesia’s Mount Semeru has explosively erupted, sending pyroclastic density currents — ‘avalanches’ of extremely hot gas and debris — screaming into several valleys.
Quick thread 🧵 (coming shortly): pic.twitter.com/pUKNcBBdP3
— Dr Robin George Andrews 🌋☄️ (@SquigglyVolcano) December 4, 2022
Menurut Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) fenomena alam itu mencetuskan pemindahan lebih 2,000 orang.
Kira-kira lima jam kemudian, gunung berapi Stromboli yang terletak di dalam Laut Tyrrhenian di luar pantai utara Sicily, Itali mula meletus, kira-kira jam 2 petang waktu tempatan.
Lepas Indonesia, Kini Gempa Bumi, Tsunami & Letusan Gunung Berapi Mengamuk Di Pulau Stromboli Pula..
Video Detik Cemas 👇🏻 pic.twitter.com/SO1xcXDBH2
— Samudera.my (@MySamudera) December 6, 2022
Menurut Institut Geofizik dan Vulkanologi Kebangsaan Itali, lava melimpah dari kawah utara gunung berapi itu dan kemudian letupan yang lebih besar bermula di kawah tengah-selatan.
Kedua-dua fenomena ini berlaku seminggu selepas letusan Mauna Loa di Hawaii pada 27 November lepas dan ia merupakan gunung terbesar di dunia, gunung berapi itu sudah tidak meletus selama hampir 40 tahun.
Pun begitu, menurut sumber kesemua letusan baru-baru ini sama sekali tidak berkesinambungan, David Rothery, seorang profesor geosains planet di Britain’s Open University memberitahu jaraknya beribu-ribu kilometer dan tiada kaitan antara satu sama lain.
Baca: Gunung Berapi Terbesar Dunia Mauna Lao Meletus Selepas 38 Tahun