Disebabkan zaman sekarang ni ramai orang yang mungkin berniat jahat, sebagai ibu bapa kita digalakkan untuk ajar anak-anak, tak kira lelaki atau perempuan kemahiran untuk mempertahankan diri.
Seperti gadis ini yang tular di Twitter kerana dia memiliki skill bertinju yang hebat, seakan orang dewasa. Baru-baru ini, gadis yang dikenali sebagai Evnika Saadvakass telah meraih perhatian netizen di media sosial setelah videonya menumbuk pokok ditonton lebih 11 juta kali di Twitter.
‘World’s strongest girl’ punches down a tree using amazing boxing skills pic.twitter.com/Jx3OdRavDm
— The Sun (@TheSun) January 6, 2022
Video kemahiran boxing gadis yang dipercayai kini berusia 14 itu telah dikongsikan oleh Twitter The Sun dan dalam video yang berdurasi 43 saat itu, dapat dilihat gadis itu memakai sarung tangan tinju ketika menumbuk pokok tersebut.
Menurut The Sun, Evnika mempunyai cita-cita untuk menjadi atlet boxing profesional dan dia telah mula berlatih sejak dari umur tiga tahun lagi.
Dia juga telah mendapat didikan daripada ayahnya sendiri yang juga merupakan seorang jurulatih tinju profesional. Walau bagaimanapun, ia bukanlah kali pertama gadis ini mencuri perhatian netizen kerana dia rupa-rupanya pernah tular pada tahun 2018 dengan aksi boxing yang sama dan pada ketika itu juga, dia telah muncul dalam Mail Online.
Namun, nampaknya ada segelintir netizen yang tidak begitu impressed dengan aksi gadis itu kerana mereka mengatakan Evnika hanya menumbuk pokok yang mudah tumbang kerana pokok tersebut dilihat seperti telah mati.
Tapi, kita yang dewasa ni pun belum tentu mampu tumbuk dan tumbangkan pokok yang mati kan?
Sumber: Twitter The Sun, Mail Online
Baca: Sarang Tebuan Ganti Pokok Pisang, Aksi ‘Salam Dari Binjai’ Lelaki Ini Bikin Gusar