Diganggu monyet adalah antara yang menakutkan. Selain dari sifatnya yang tangkas, monyet juga sering mencuri barang-barang peribadi kita, lagi-lagi kalau kawasan rumah kita berdekatan dengan habitat monyet ni.
Jadi, untuk korang yang sering diganggu monyet, min nak share satu petua untuk korang halau monyet atau haiwan liar ni. Mudah sahaja, korang hanya perlukan dua bahan iaitu ubat gegat dan belacan.
Cara buat barang-barang halau monyet
Cara untuk membuatnya pun mudah je. Bahan yang digunakan pun kebiasaanya memang ada di rumah. Kalau nak cari dekat kedai pun min rasa mudah je, tak akan menjadi masalah untuk korang beli.
Ubat gegat yang korang ada tu boleh ditumbuk sampai hancur. Tak kisah lah korang nak hancurkan macam mana. Warna pun terpulang lah dekat korang nak pilih warna apa.
Artikel berkaitan: Monyet Rampas Beg Susu Anak, Wanita Merayu Pulangkan Balik
Artikel berkaitan: Pasangan Kekasih Rakam Video Makan Bersama Diganggu Monyet Bikin Netizen Pecah Perut
Untuk belacan pulak, ambil je apa-apa jenama belacan yang ada. Pun sama, tak kisah belacan bakar ke apa, bau kuat belacan tu memang mencucuk hidung.
Kemudian ubat gegat yang dah hancur tu korang campur dengan belacan. Campuran dua bahan itu kemudiannya korang boleh taburkan atau diikat menjadi bunjut dan digantung di pagar rumah.
Sebenarnya petua ini diterangkan oleh @munihasbullegasienterprise. Video penerangan korang boleh tengok di bawah atau klik SINI.