Bagaikan tradisi, sambutan hari raya di sini pastinya akan disambut dengan pelbagai dekorasi seperti lampu hiasan kelip dan bunyi mercun untuk menghidupkan lagi suasana Aidilfitri.
Lebih meriah lagi apabila satu kawasan perumahan berganding bahu memeriahkan suasana sempena lebaran seperti perkongsian pengguna TikTok ini.
Video TikTok yang dimuat naik oleh @firdauseusope yang memaparkan penduduk di sebuah rumah flat bersepakat bermain mercun telah menarik perhatian ramai.
Artikel berkaitan: “Akak tomyam tengok pun takut”- Rumah Ini Dihias Meriah Dengan Lampu Lip Lap Macam Kedai Tom Yam
Artikel berkaitan: “Raya tahun ni kita all out”- Hias Lampu Lip Lap Dekat Kereta, Gelagat Wanita Ini Bikin Ramai Terhibur
Menerusi video yang berdurasi satu minit 17 saat, setiap tingkat di rumah flat berkenaan diwakili penghuni untuk menembak mercun das ke udara.
@firdauseusope Rayakan sebulan…#rayalainmaciem #raya2024 #thisiskgmelayu #kgmelayu #penang #KongsiBersama #fyppppppppppppppppppppppp #onthisday #fypシ゚ #onthisday #fypシ゚ #viralvideo #kgmelayupenang @Sultan Pemurah Salam Bhai @4smawi @Izwan Daniela @Ismail Mohammad
“Group WhatsApp function!”
Perkongsian video terbabit dibanjiri pujian netizen, majoritinya menyifatkan penghuni-penghuni di flat terbabit hidup dalam harmoni dan bersepakat dalam menjayakan kemeriahan malam raya.
Ada yang mengatakan, penduduk flat tersebut sering menyambut sebarang perayaan dengan begitu meriah. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa cemburu dengan muafakat penduduk flat ini apabila dibandingkan dengan tempat tinggalnya.
Dalam pada itu, ada juga yang tertanya dengan keadaan kereta-kereta yang diletakkan di kawasan parkir terbuka di hadapan flat berkenaan kerana risau jika berlaku sebarang kerosakan disebabkan percikan api yang terbakar di udara.
Sekadar info, difahamkan flat tersebut terletak di Kampung Melayu, Pulau Pinang. Sebelum ini, flat terbabit pernah tular dengan dekorasi lampu warna-warni di setiap tingkat.
Bukan senang nak dapat jiran yang sepakat macam ni, seronoklah!
Sumber: TikTok