in

GISB Nafi Eksploitasi Kanak-kanak, Anggap Tuduhan Sebagai Fitnah Berniat Jahat

Gisb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam lagi, serbuan PDRM terhadap 20 buah rumah amal kendalian perniagaan bermotifkan agama di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan mendapat perhatian ramai apabila 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun berjaya diselamatkan.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mangsa terdiri daripada 201 kanak-kanak dan remaja lelaki dan 201 perempuan yang diselamatkan menerusi Ops Global yang dijalankan PDRM pada Rabu.


Lebih mengejutkan, hasil siasatan mendapati mangsa-mangsa di rumah amal ini telah diajar dan dididik cara meliwat dan seterusnya mangsa juga diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak lain.

71726051825 Gisbnafi

553

Ujarnya lagi, berdasarkan maklumat serta siasatan yang dilaksanakan, polis mengesyaki (Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.

Artikel berkaitan: Polis Serbu Rumah Amal Syarikat Terkemuka, Selamatkan 402 Kanak-kanak & Remaja

GISB nafi terbabit eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja 

Susulan itu, GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) petang semalam tampil menafikan dakwaan bahawa syarikat itu terbabit dalam eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja.

Dalam kenyataannya, GISB berkata syarikat itu menafikan segala tuduhan yang dilemparkan dan menegaskan pihak mereka tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

Pendirian kami amat jelas untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan mendukung aspirasi kerajaan dalam membangunkan negara.

“Kami bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak berwajib bagi menyelesaikan isu ini,” katanya.

Sebagai info, GISB yang diasaskan pada 2008 ini memulakan operasinya selepas Darul Arqam diharamkan dan beberapa pimpinan kanannya ditahan polis pada 1994 mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selepas pengharaman Darul Arqam, pengikutnya telah menubuhkan Rufaqa Corporation yang disusuli dengan GISB sebagai organisasi perniagaan berasaskan agama dengan doktrin tarekat Aurad Muhammadiah yang diharamkan.

Sumber: BH, mStar, Facebook

Sumber: Astro AWANI
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.