Memang seram jika kita ternampak sebuah kereta tiba-tiba bergerak dengan sendirinya secara perlahan sebab sudah tentu kita ingat kereta tu rosak atau brek tangan lupa ditarik ketika ia diparkir di kawasan berbukit. Lagi seram kalau kereta tu bergerak sendiri sebab ada unsur-unsur mistik.
Kejadian yang hampir sama berlaku kepada seorang lelaki ini apabila dia ternampak sebuah kereta Honda berwarna putih tiba-tiba bergerak ke depan dengan sendirinya.
Jadi, dia pun cuba untuk menahan kereta tersebut daripada terus bergerak namun tak berjaya sebab kereta itu tetap bergerak secara perlahan ke arah hadapan.
Lelaki tersebut siap menanggalkan seliparnya untuk menahan kereta itu dengan menggunakan selipar itu.
Artikel Berkaitan: Suka Hati ‘Parking’ Kereta Kat Bahu Jalan, Bas MRT Tersangkut Sampai ‘Schedule Delay’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Ditahan Polis Sebab Cuba Buka Pintu MRT Singapura Masa Tren Tengah Berjalan Laju
Video terbabit dipercayai sempat dirakam oleh kamera litar tertutup di kawasan kereta itu diletakkan. Ia dipercayai dirakam di sebuah pusat jualan kereta di Thailand.
Namun, kegigihan lelaki itu untuk menahan kenderaan itu nampaknya sia-sia sebab rupa-rupanya ada orang lain yang menolak kereta itu agar ia bergerak!
Plot twist betul, rupanya ada orang kat belakang, patut lah bila dia tahan pun, kereta tetap bergerak.
Manakala orang yang menolak kereta tu pula pelik, kenapa kereta tu macam susah sangat nak bergerak walaupun dah ditolak sekuat hati, rupanya sebab ada yang tahan ia dari bergerak dari bahagian depan.
Menerusi video terbabit juga, dapat dilihat kedua-dua individu itu tak sedar ada orang di depan dan belakang kereta sebab kereta itu agak besar, jadi memang terlindung dari pandangan.
Kedua-dua mereka hanya sedar kehadiran masing-masing selepas mereka menjenguk ke arah bertentangan dengan masing-masing.
Selepas perasan kewujudan masing-masing, mereka pun gelak sampai terpaksa merebahkan badan ke jalan sebab merasakan kejadian itu terlalu kelakar.
Adoi, terhibur betul tengok dorang ni. Memang tak kemana lah kereta tu kalau sorang tolak, sorang lagi pulak tahan kereta dari arah depan.
Sumber: Instagram @tpvcar