in

Geram Pengantin Tak Bagi Rehat Untuk Makan, Jurufoto Balas Dendam Padam Gambar Kahwin

Cats 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Harus diakui, antara elemen penting dalam sesebuah majlis perkahwinan ialah jurufoto itu sendiri. Mana tidaknya, segala momen-momen manis akan dirakam dan diambil gambar oleh jurufoto buat tatapan keluarga pengantin.

Baru-baru ini, seorang jurufoto ada berkongsikan kisahnya yang memadam semua gambar majlis perkahwinan pelangganya gara-gara dia tidak diberikan waktu rehat untuk makan. Kisah ini dikongsikan dalam laman Reddit.


Photographer

Jurufoto yang tidak mendedahkan identitinya itu berkata, dia ialah seorang pendandan anjing dan sering memuat naik gambar anjing pelanggannya ke dalam Facebook dan Instagram.

Kisahnya bermula apabila seorang rakan lelaki meminta dia untuk menjadi jurufoto buat majlis perkahwinannya. Oleh kerana kekurangan wang dan tidak mampu untuk mengupah jurufoto profesional, dia meminta individu ini agar menerima tawaran yang diberikan dengan bayaran $250 (RM1,046).

Individu ini akhirnya bersetuju dengan tawaran tersebut dan waktu bekerja yang dijanjikan bermula pada pukul 11 pagi hingga 7.30 malam. Bagaimanapun, individu ini mula berasa penat dan lapar pada sekitar 5 petang dan meminta izin daripada pengantin untuk berehat seketika.

“Pada sekitar 5 petang, makanan dihidang dan saya diberitahu yang saya tak boleh makan kerana perlu menjadi jurufoto. Malah, mereka tidak menyediakan ruang duduk untuk saya di mana-mana meja”

“Saya beritahu pengantin yang saya nak berehat selama 20 minit untuk makan dan minum. Namun, pengantin berkata saya perlu sambung bekerja, atau meninggalkan tempat ini tanpa bayaran”, luah individu itu.

Berang dengan jawapan yang diterima, jurufoto ini bertindak memadam semua gambar yang telah diambilnya di hadapan pengantin itu untuk membalas dendam. Dia akhirnya meninggalkan tempat itu tanpa mengambil bayaran yang telah dijanjikan.

Aaa

Hantaran ini tular di Reddit dan menerima maklum balas daripada ramai warganet. Rata-rata warganet bersetuju dengan tindakan jurufoto ini dan mengecam pengantin kerana tidak menjaga kebajikan individu ini.

Jika anda berada di tempat jurufoto ini, adakah anda akan membuat tindakan yang sama atau bersabar dan mengambil upah yang telah dijanjikan?

 

Kredit: India.com

BACA: Selipar Jepun Sebagai Mahar, Pasangan Indonesia Ini Selamat Bernikah. Mudah Dan Jimat!

Cats 3

Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.