Seorang genius matematik dari China telah berjaya menyelesaikan satu persamaan matematik dalam tempoh satu malam.
Persamaan matematik itu berjaya di selesaikan oleh seorang genius matematik berusia 30 tahun, Wei Dongyi. Persamaan matematik itu telah menghantui barisan pemegang PhD sejak beberapa bulan, namun berjaya diselesaikan Wei dalam tempoh satu malam.
Wei yang bertugas sebagai pembantu professor matematik di Peking University, Beijing telah dipanggil oleh pakar matematik lain untuk menyelesaikan persamaan matematik dengan kebarangkalian 96% tepat, dan ianya dikira berjaya.
Barisan pakar matematik itu berterima kasih kepada Wei dan ingin membayarnya kerana membantu mereka. Wei bagaimanapun tidak menerima bayaran itu dan menolaknya. Menurut Wei, beliau merasakan mereka tidak perlu memberikan sebarang bayaran untuk penyelesaian semudah itu.
Mereka tetap ingin memberikan bayaran sebagai tanda penghargaan kepada Wei, namun beliau masih menolaknya. Selepas dipujuk berkali-kali akhirnya Wei menerima bayaran tetapi dalam bentuk pembayaran kad perjalanan dan transportasinya.
Sikap rendah diri Wei ini bukanlah sekadar lakonan, tetapi sebenarnya memang karekter yang ditampilkan beliau setiap hari. Wei sering dilihat mengenakan pakaian biasa yang tidak menggambarkan status beliau sebagai genius matematik dan pembantu professor dalam bidang matematik.
Sumber: South China Morning Post
Baca: “Bapak laju!” – [VIDEO] Makcik Kira Jumlah Makanan Tanpa Kalkulator Buat Netizen Kagum