Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Johor (Perhilitan) mengesahkan bahawa terdapat satu kejadian pelik di mana seekor gajah tersesat dan dipercayai ‘merayau masuk dan memasuki’ kawasan atau perkarangan Penjara Kluang pada Isnin.
Pengarahnya, Aminuddin Jamin berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada Jabatan Penjara Kluang kira-kira jam 10 malam dan menghantar sepasukan kecil, tiga anggota ke lokasi.
Difahamkan, gajah dewasa tersebut dipercayai tersesat dan terpisah daripada kawanannya yang dikenali sebagai ‘Grup Tenang’ yang mempunyai 15 ekor gajah.
Menurut Aminuddin lagi, pasukan yang dihantar berjaya menghalau gajah dewasa tersebut menggunakan teknik yang dipanggil ‘tembak untuk halau’ selain meneman haiwan berkenaan sehingga tempat yang selamat di hutan.
“Kami mengambil langkah dengan menembak ke udara beberapa kali sehingga gajah berkenaan masuk semula ke hutan dan ke kawasan selamat di Hutan Gunung Lambak”
Selain itu, Perhilitan akan terus melakukan pemerhatian dan pemantauan berterusan di lokasi sehingga keadaan baik dan benar-benar selamat.
@akubudakluang GAJAH MASUK KE KAWASAN KOMPLEKS PENJARA KLUANG #AkuBudakKluang #ABK ♬ bunyi asal – Aku Budak Kluang
Difahamkan ian merupakan kali pertama dimana seekor gajah memasuki kawasan penjara dan perkarangan bangunan di negeri tersebut.
Tambahnya lagi, orang ramai dinasihati supaya tidak melakukan sebarang provokasi terhadap hidupan liar terutamanya gajah. Menurutnya, sekiranya terdapat insiden yang melibatkan apa-apa hidupan liar, orang ramai diminta untuk menghubungi Perhilitan untuk tindakan seterusnya.
Baca : “Haiwan boleh tahu” – Orang Ramai Kaitkan Gajah Naik Ke Tempat Tinggi Dengan Kemungkinan Banjir?