Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Kedah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes Covid-19 di Pulau Langkawi yang memerlukan kemasukan kes hospital dan Unit Kawalan Rapi (ICU)
Ini susulan pengumuman pulau tersebut sebagai lokasi projek rintis gelembung pelancongan domestik bermula 16 September 2021.
Menerusi hantaran di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, ada beberapa langkah proaktif telah digariskan yang melibatkan Hospital Sultanah Maliha di Langkawi, Kedah.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di Facebbok
Noor Hisham Abdullah turut mengingatkan orang ramai dan bakal pengunjung ke Pulau Langkawi agar sentiasa mengamalkan norma baharu dan kekal mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh KKM.
Dalam usaha mengimbangi antara nyawa dan kelangsungan hidup serta ekonomi, DG Hisham menyeru semua pihak bersama-sama memainkan peranan bagi memastikan tiada peningkatan jangkitan virus Covid-19 di pulau tersebut.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.