in

Gelandangan Kongsi Kisah Menganggur Kerana Lambakan Pekerja Asing Yang Boleh Dibayar Murah

Gelandangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di mana-mana sekitar bandar Kuala Lumpur, kita pasti melihat gelandangan yang tidur sama ada di kaki lima atau di tepi rumah kedai yang kosong. Disebabkan kehidupan mereka yang begitu, orang awam memberi tanggapan bahawa golongan gelandangan ini malas bekerja dan hanya mengharapkan ihsan orang sekeliling untuk meneruskan hidup.

Walaupun begitu, kisah menyayat hati yang diceritakan oleh seorang lelaki yang hidup di kaki lima bandar Kuala Lumpur ini mendedahkan perkara yang berbeza.


Lelaki ini ditemui ketika kumpulan sukarelawan Street Feeders of KL (SFOKL) mengedarkan makanan buat golongan gelandangan yang memerlukan bantuan.

Menurut lelaki yang tidak mahu dikenali ini, dia pernah menjadi seorang chef selama 25 tahun sebelum hidup sebagai seorang gelandangan.

Img 7560
sumber: world of buzz
Img 7557
sumber: world of buzz

Dia kini yang sudah berusia 62 tahun juga pernah menyewa di sebuah bilik sekitar Kuala Lumpur dan mempunyai hubungan rapat dengan tuan rumah di situ. Walau bagaimanapun, dia baru-baru ini kehilangan kerjanya oleh kerana dimasukkan ke hospital selama tiga bulan akibat dijangkiti satu penyakit.

Selepas kehilangan kerja, dia tidak mampu mendapat pekerjaan baru tambahan pula pada usia selanjut ini.

Img 7595
sumber: world of buzz

Sungguhpun begitu, lelaki ini juga memberitahu bahawa dia mempunyai seorang saudara lelaki dari sebuah keluarga, namun tidak mahu mengganggunya kerana tidak suka dianggap sebagai beban. Lalu, dia memilih untuk melaluinya semua sendiri dan hidup bergelandangan sementara dia menjumpai pekerjaan baru.

Dia memberitahu,

Kamu masih belajar? Kamu mesti belajar bersungguh-sungguh kerana kamu tak tahu bagaimana nasib kamu di suatu masa nanti. Jangan sampai jadi gelandangan.” 

Dia juga berulang kali menyebut,

Pakcik takut kalau pakcik akan jadi seperti mereka (hidup bergelandangan selama bertahun-tahun), itulah sebabnya pakcik tidak pernah putus asa dalam mencari kerja. Tapi ianya susah. Pendatang asing selalunya bergaji murah, jadi pakcik selalu tak dapat peluang.”

Dia menasihatkan supaya jangan cepat mengalah dalam melalui sebarang dugaan, walaupun anda hidup terbuang di tepi jalan kerana bagi seseorang yang berusia sepertinya, dia masih lagi berjuang dan berusaha untuk mencari pekerjaan.

Berdiri di atas kaki sendiri dari tempat mana yang anda jatuh. Jangan menjadi beban kepada mereka yang anda sayangi tetapi jadilah orang yang meringankan beban mereka.”

Img 7588
sumber: world of buzz

Dia juga sempat menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap kerajaan yang mengabaikan golongan gelandangan yang semakin meningkat jumlahnya dan hanya memfokuskan terhadap kemasukan pendatang asing untuk menggunakan khidmat buruh yang murah.

Bagi rakyat sepertinya, dia mengalami kesukaran dalam mendapatkan pekerjaan kerana perlu bersaing dengan pendatang asing ini.

Pengalaman yang diceritakan lelaki gelandangan ini amat menyentuh hati apabila seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mengubah corak kehidupannya.

Bagi mereka yang ingin membantu golongan gelandangan dan menyokong SFOKL dalam membantu mereka yang memerlukan dengan memberi kaunseling, membuka peluang pekerjaan buat mereka atau cukup hanya menjadi pendengar yang setia, anda bolehlah menderma di sini.

Menderma itu amalan yang mulia. Tak banyak, sedikit pun amatlah bermakna buat mereka semua! 

Baca: Bapa Melutut Merayu Orang Ramai Pukul Demi Mengumpul Dana Pembedahan Mata Anak

A1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.