Belum reda dengan wabak Covid-19, dunia kini ‘diterjah’ pula dengan wabak cacar monyet atau lebih dikenali sebagai Monkeypox.
Menurut sumber, Monkeypox adalah penyakit rare yang disebabkan oleh jangkitan virus sama seperti virus variola iaitu virus yang menyebabkan cacar, dan pada bulan Mei tahun ini, beberapa kes cacar monyet telah dikenal pasti di beberapa negara bukan endemik seperti Singapura dan United Kingdom.
Terbaru, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan Monkeypox lebih mudah tersebar melalui aktiviti seksual yang tidak selamat.
Monkey Pox – satu lagi cabaran baru dunia berdepan dgn penyakit berjangkit. Lebih diketahui umum sekarang, Monkey pox lebih mudah berjangkit melalui aktiviti seksual, malah gejalanya hampir sama dengan jangkitan kelamin lain seperti Syphilis dan Herpes. pic.twitter.com/gdaaNrzfk5
— Ahmad.RZ (@Dr_Ahmad_RZ) July 24, 2022
Dalam perkongsian di Twitter oleh Dr Ahmad Raz, gejala Monkeypox ini hampir sama dengan jangkitan kelamin lain seperti Syphilis dan Herpes.
Malah dalam thread yang ditulisnya itu, difahamkan wabak ini boleh tersebar melalui sentuhan langsung seperti aktiviti seks (oral, vagina dan anus), berciuman, urutan dan penggunaan peralatan seks atau objek seperti tuala yang tidak dinyahkuman.
“Jika anda atau pasangan mempunyai ruam yang tidak dikenalpasti, elakkan daripada melakukan aktiviti seksual dan bersentuhan.
Mengamalkan hubungan secara monogamous dan tidak bertukar pasangan boleh mengurangkan risiko daripada dijangkiti.” tulisnya lagi.
Menurut laporan NDTV, 95% daripada kes cacar monyet telah ditularkan melalui aktiviti seksual, menurut kajian terbesar setakat ini yang turut mencatatkan tanda-tanda klinikal baharu seperti luka dan ruam pada alat kelamin.
Dalam laporan yang sama, difahamkan Monkeypox bukanlah Sexually Transmitted Disease (STD) yang tradisional kerana ia boleh tersebar dengan apa juga bentuk sentuhan dan kontak fizikal yang rapat.
“Bagaimanapun, kerja kami menunjukkan bahawa kebanyakan penularan setakat ini berkaitan dengan aktiviti seksual — terutamanya, tetapi tidak secara eksklusif, di kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki,” katanya.
Apa-apapun korang kena stay safe ok!
Baca: KKM Perkenal 5 Langkah Untuk Hadapi Kemungkinan Jangkitan Monkeypox Menular Di Malaysia