in

“Budaya ni namanya kahwin tangkap” – [VIDEO] Viral Wanita Ditangkap Sekumpulan Lelaki Asing Sebelum Dipaksa Kahwin

Feature Image Culek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah dengar tak pasal anak yang kena kahwin paksa oleh ibu bapa? Even diorang tak pernah jumpa atau tak pernah kenal pasangan tersebut, mereka tetap kena paksa kahwin.


Baru-baru ni, viral video berdurasi 30 saat menunjukkan seorang wanita yang secara tiba-tiba didatangi sekumpulan lelaki asing sebelum dia diangkat secara paksa oleh mereka.

Menurut @RallyTsog, individu yang memuat naik video tersebut ke laman Twitter, wanita berkenaan sebenarnya telah di ambil secara paksa untuk dikahwinkan dengan individu yang tidak dikenalinya.

Culek 1
Sumber: twitter

Kejadian ini berlaku di daerah Kabupaten Sumba Tengah, Indonesia dan mereka berkata bahawa ia merupakan budaya bagi masyarakat di sana.

Bayangkan, perempuan tu tak tahu apa-apa, tiba-tiba kena bawa lari. Dah la kena bawa lari macam nak tangkap binatang. Selama ni, perbuatan ‘kahwin tangkap’ ni tak di anggap satu masalah kerana ia dianggap satu budaya.

Tambahnya lagi, dia langsung tidak menghina atau memfitnah tradisi yang sudah menjadi suatu kebiasaan bagi masyarakat di sana. Tapi dia hanya menfokuskan terhadap perlakuan yang diambil kepada wanita tersebut.

Culek 3
Sumber: twitter

Kesian juga bila tengok perempuan tu. Tiba-tiba je tengah lepak dekat luar rumah kena tarik dengan lelaki stranger and kena paksa kahwin? 

 

Baca: Pasangan Dikurniakan Anak Lepas Hampir 20 Tahun Berkahwin, Anak Angkat Kata “Sampai meninggal ayah tak tahu saya tahu”

Featured 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.