in

Gara-gara Watak Walid, Faizal Hussein Dedah Terima Mesej Anak Dara Mahu Jadi ‘Isteri Batin’

faizal hussein watak walid isteri batin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Drama ‘Bidaah’ yang ditayangkan menerusi plaftorm Viu bukan sahaja berjaya menembusi pasaran di negara seberang, malah nama pelakon senior Faizal Hussein juga melonjak naik.

Memegang watak Walid dalam drama itu, Faizal Hussein belakangan ini menjadi bahan bualan terutama dalam kalangan warganet Indonesia.


Melihat fenomena ini, Faizal atau Mohd Faizal Hussein, 57, terharu kerana menerima mesej pujian daripada penonton Indonesia yang rata-ratanya berusia 20-an dan kebawah.

“Rata-rata yang mesej saya semuanya muda. Mereka punya komen juga tertumpu kepada lakonan. Saya dapat lihat mereka menilai bakat lakonan dengan ikhlas,” katanya.

Artikel berkaitan: “Saya sudah biasa, selalu kena” – Adegan Usap Janggut Guna K*ki Dikecam, Ini Respon Erma Fatima

Artikel berkaitan: “Mencari agama dalam kel*cahan?” – Dr Ahmad Sanusi Tegur ‘Drama Islamik’, Bercanggah Dengan Prinsip Islam

serial televisi bidaah 2025 1744005097082 169

Terima mesej aneh dari wanita muda, anak dara

Pun begitu, Faizal mendedahkan dia juga tidak terlepas daripada menerima mesej aneh daripada pengguna media sosial yang menawarkan diri menjadi isteri.

“Awalnya saya terima mesej gurauan contohnya ada yang kata mahu jadi isteri kepada Walid.

“Tapi belakangan ini, saya sedar ia bukan gurauan lagi kerana mereka tidak lagi menggelar saya Walid, sebaliknya panggil nama sebenar saya.

“Masalahnya yang mesej ini wanita muda, anak dara. Mereka yang kacau mahu jadi ‘isteri batin’ macam watak Walid.”

Faizal berkata, pada awalnya dia berasa cuak menerima mesej sedemikian tetapi kini hanya menganggap ia gurauan yang tidak perlu dilayan.

Bukan itu sahaja, anak-anak Faizal turut menerima impak yang sama apabila ada penonton yang mengikuti media sosial mereka.

Dalam pada itu, Faizal meluahkan rasa syukur dengan adanya platform penstriman seperti Viu kerana dapat membantu drama Malaysia dikenali di luar negara.

Sumber: Utusan Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.