Seorang pelajar di Madrasah Tsanawiyah di Semarang, Indonesia ditahan polis kerana mencederakan pelajar junior menggunakan seterika panas.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Semarang, AKP Aditya berkata, kejadian ni berlaku pada Isnin lepas (13 Mei 2024) setelah pihak polis menerima laporan daripada ibu bapa mangsa pada Khamis lalu.
Artikel berkaitan : Kes Zulfarhan: 12 Bekas Penuntut UPNM Maklum Mereka Alami Kesan Kejadian Sepanjang Hayat
Artikel berkaitan : “Trauma guna seterika, elak lalu UPNM” – Ibu Allahyarham Zulfarhan Tak Maafkan Pelaku
Dilaporkan, mangsa merupakan pelajar peringkat junior dan pelaku merupakan pelajar peringkat senior. Perbuatan itu dikatakan berlaku di masjid asrama ini berpunca apabila pelaku bengang dengan mangsa yang tak memberikan respon ketika diajak bersalaman.
“Pelaku ingin bersalaman dengan mangsa, namun mangsa pada waktu itu sedang khusyuk berdoa sampai tak perasan pelaku sedang menghulurkan tangan. Hal ini telah membuatkan pelaku berang dengan mangsa.”
Ketika di asrama, pelaku menghampiri mangsa dengan membawa seterika sebelum tekap di bahagian dada mangsa yang pada ketika itu tidak memakai baju.
“Ketika mangsa hendak berehat dan tidak memakai baju, pelaku mengampirinya dan tekap seterika itu dekat dada mangsa.”
Setelah kejadian itu diketahui oleh warden asrama, dia bergegas ke tempat kejadian dan cuba memberikan pertolongan emas kepada mangsa sebelum dikejarkan ke hospital. Pihak polis kini sedang melakukan siasatan dengan mengumpul bahan bukti serta saksi kejadian tersebut.
Teringat pula dengan kes Zulfarhan…
Sumber : Detik.com
