in

Gara-gara Suruh Pelajar Darjah 6 Panggil ‘Daddy’, Guru 52 Tahun Dikenakan Tindakan Undang-undang

guru daddy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tugas menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah, mereka bukan sahaja harus bijak mengawal ragam murid, malah mereka juga perlu memikirkan cara yang terbaik agar murid-murid menjadi seorang yang berjaya di masa hadapan.

Pun begitu, terdapat juga guru yang tidak bertangunggjawab dalam mendidik, dan mereka tidak seharusnya menyalahgunakan kedudukan sebagai seorang guru untuk mengambil kesempatan terhadap pelajar.


Baru-baru ini, seorang guru lelaki telah diperintahkan oleh Mahkamah Majistret untuk menjalani bon menjaga keamanan selama enam bulan dengan bon RM1,000 (didepositkan) kerana berkelakuan tidak wajar dan mengganggu keselamatan anak muridnya yang berusia 12 tahun.

freestocks PuYPLH0BQq0 unsplash
Gambar Hiasan

Dalam laporan Utusan Borneo, tertuduh bekerja di sebuah sekolah rendah di Taman BDC, Kuching. Dia menyuruh mangsa datang ke pejabatnya seorang diri pada 10 Ogos (Rabu) kira-kira jam 4:40 petang.

Lalu dia menyuruh mangsa menutup pintu bagi mengelak dilihat guru dan pelajar lain, guru tersebut kemudian menghadiahkan mangsa sebuah kotak berisi bunga plastik dan teddy bear.

“Disuruh panggil ‘daddy'” 

Selain itu, tertuduh yang berusia 52 tahun itu membuatkan mangsa kurang selesa dengan telah memandangnya dengan menggoda dan meminta dia memanggilnya daddy.

Kejadian itu menyebabkan mangsa berasa tidak senang, takut, dan bimbang, malah mangsa juga dikatakan mengalami tekanan emosi.

Mangsa kemudian menceritakan perkara tersebut kepada ibunya dan laporan polis dibuat, tertuduh lalu ditangkap pada 24 Ogos lalu, sekitar jam 10 pagi di sekolah terbabit.

Difahamkan guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Pendidikan Jasmani itu tidak diwakili peguam.

Sanggup eh buat benda macam tu?

Baca: Guru-guru SMK Senaling Gantung ‘Banner’ Dakwa Dibuli Pentadbiran, Pengetua Nak Saman ‘Pemfitnah’

Banner Smk Senaling

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.