Sejak bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6 dipenjarakan pada Selasa lalu, isu berkenaannya sering dibicarakan di media sosial dan telah mendapat perhatian ramai pihak termasuklah golongan artis yang menyatakan pendirian mereka berkenaan perkara ini.
Antara yang lantang bersuara ialah pengarah dan penerbit, Michael Ang di Instagram apabila dia menegur tindakan sesetengah netizen yang mengecam bekas perdana menteri itu dengan komen yang menghina serta melampau.
“Pak Ajib pun dah masuk penjara. Bukan nak back up atau sokong but… ”
Menurut Michael, tindakan netizen yang melemparkan kecaman serta membuat video menghina itu dirasakan agak melampau kerana pemimpin tersebut sudahpun dijatuhkan hukuman penjara.
Tambahnya lagi, hanya individu terbabit sahaja yang tahu sama dirinya bersalah ataupun tidak dalam kes ini.
https://www.instagram.com/p/ChoWcREv2JL/
Kita semua move on aje okay. Love, peace and jaga diri sendiri dan keluarga sendiri lagi bagus. Yang menyokong Pak Ajib pun tak payahlah nak salahkan orang lain.
“Yang happy Pak Ajib masuk penjara tak payahlah nak mengapi-apikan dengan kata-kata terlalu kesat!” tegurnya.
Fazura komen like pada posting Michael, netizen ugut nak cancel?
Posting berkenaan telah mendapat lebih 16,000 likes dan ratusan komen daripada netizen dan tak terkecuali dari rakan artis seperti Nur Fazura dan Sheila Rusly.
Walau bagaimanapun, tindakan Fazura meninggalkan komen suka pada posting itu telah mengundang rasa tidak puas hati netizen.
Ada di kalangan netizen membalas dengan ugutan tidak mahu membeli tiket Faztival yang bakal dianjurkan pelakon ini dan ada juga sampai ke tahap nak ‘cancel’ isteri kepada pelakon Fattah Amin ini. Uish!
“Suka hati dialah nak komen apa. Cancel orang sebab tak sama pendapat eh”
Pun begitu, masih ada di kalangan netizen yang back up Fazura mengatakan pelakon dan juga penyanyi itu mempunyai hak untuk menyokong atau meninggalkan komen apa yang dia suka.
Netizen tidak sepatutnya ‘cancel’ seorang selebriti itu hanya kerana dia meninggalkan komen di posting tersebut.
Apa-apapun bagi admin, itu hak masing-masing sama ada dia nak menyokong atau tidak seorang pemimpin politik. Tak semestinya disebabkan kita tak sama pendapat, kita nak cancel seseorang kan? Chill guys!
Baca: “Diam tu lebih baik” – [VIDEO] Fazura Ulas Sikap Netizen Suka Buat Andaian Kes Suami Kelar Isteri