in

Gara-gara Panik Lepas Rempuh Motosikal, Pemandu Kereta Cuba ‘Lari’

panik rempuh motosikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lepas, tular satu video yang memaparkan sebuah kereta bertindak memecut laju selepas merempuh sebuah motosikal.

Menurut laporan Harian Metro, kereta berkenaan bertindak sedemikian kerana terlalu panik selepas melanggar motosikal itu dan kejadian itu difahamkan berlaku di Kilometer 7, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat memberitahu, bagaimanapun pemandu kereta yang merupakan lelaki berusia lingkungan 30-an itu tampil membuat laporan polis berhubung kemalangan terbabit tidak lama kemudian.

Beliau turut memberitahu, kejadian tersebut difahamkan berlaku pada jam 9 pagi apabila pemandu kereta secara tiba-tiba menukar lorong kiri ke laluan tengah.

“Pemandu hilang kawalan dan melanggar motosikal yang ditunggang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an. Penunggang motosikal hanya mengalami kecederaan ringan,

Pemandu kereta membuat laporan polis dan memberi kerjasama sepanjang soal siasat dijalankan,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi 20 saat memaparkan kereta menukar lorong dari kiri ke tengah secara laju melanggar sebuah motosikal.

Baca: Tiba-Tiba Brek Hingga Cetus Kemalangan, Ini Modus Operandi ‘Scam’ Jalan Raya

Scam Jalan Raya Brek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.