Siapa sangka kumpulan pop terkenal dunia, Pussycat Dolls, masih mengingati memori pahit manis ketika mereka dilarang daripada membuat persembahan atau ‘banned’ di Malaysia suatu ketika dahulu.
Menerusi satu sesi temu bual podcast yang tular baru-baru ini, ahli kumpulan tersebut termasuk Nicole Scherzinger, Ashley Roberts, dan Kimberly Wyatt membuka cerita mengenai punca sebenar di sebalik kontroversi tersebut.
Menurut Ashley Roberts, insiden itu berlaku selepas persembahan mereka yang dianggap terlalu mencolok mata oleh pihak berkuasa tempatan.
Artikel berkaitan: Akaun TikTok Kena ‘Banned’, Netizen Dakwa Sebab Video Kieda Bersemuka Pelanggan Komen Crepe Tak Sedap
Artikel berkaitan: “Dulu rambut panjang marah, sampai banned” – Sharnaaz Ahmad ‘Sound’ Lelaki Berpakaian Wanita Di AJL
View this post on Instagram
“Kami buat persembahan dan kami tunjukkan bahagian bahu serta pusat pada masa yang sama. Mereka (pihak berkuasa) tidak gembira dengan perkara itu,” jelasnya sambil tertawa kecil mengenangkan memori tersebut.
Beliau turut menambah bahawa pada keesokan harinya, muka depan semua akhbar tempatan memaparkan berita mengenai Pussycat Dolls dilarang masuk ke Malaysia.
Bagaimanapun, kumpulan tersebut kemudiannya dibawa semula ke Malaysia untuk acara MTV Asia Awards. Namun, syarat ketat telah ditetapkan bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali.
Bagi menghormati garis panduan pakaian di Malaysia, mereka terpaksa menukar imej seksi kepada pakaian yang lebih tertutup.
“Kami terpaksa pakai ‘turtleneck’ (baju leher tinggi). Kami berpeluh habis masa tu! Sangat panas, ingat tak?” celah Nicole Scherzinger.
Apa yang menariknya, kumpulan ini seolah-olah menganggap gelaran ‘banned’ itu sebagai satu pencapaian atau flex dalam kerjaya mereka sebagai bintang pop.
Untuk rekod, persembahan Pussycat Dolls di Malaysia pada tahun 2006 memang pernah mencetuskan kontroversi besar sehingga pihak penganjur dikenakan denda kerana melanggar syarat permit persembahan artis luar negara.
Sumber: Instagram
