Gara-gara memakai seluar pendek di tempat awam, tujuh lelaki dikenakan notis amaran oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) di bawah kesalahan aurat. Kejadian dilaporkan berlaku di Tanah Merah pada Jumaat lalu.
Difahamkan, notis amaran tersebut adalah sempena Ops Bersepadu yang diadakan bersama Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tanah Merah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Menurut sumber, kesalahan memakai seluar pendek itu dilakukan oleh lelaki berusia belasan tahun dan 20-an. Operasi tersebut dibuat selepas pihak berkuasa menerima aduan orang awam berkenaan aktiviti perniagaan shisha di sebuah kedai makan berhampiran Gertak Chaber.
“Dalam operasi itu, kami telah menyita enam unit dapur shisha dan satu notis amaran dikeluarkan bawah Undang-undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2009.
“Pada masa sama, PKD juga telah mengeluarkan 11 kompaun bawah kesalahan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dengan nilaian sebanyak RM1,900.
“Lima kompaun bawah Kesalahan Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan nilaian RM1,500 yang menjadikan keseluruhan kompaun sebanyak RM3,400,” katanya ketika dihubungi sumber.
Untuk rekod, Bahagian Penguatkuasaan MDTM sentiasa membuat pemantauan dan operasi berkala bagi mengekang aktiviti shisha di sini.
Kredit: Sinar Harian
BACA: PAS Kelantan Nafi Pengundi Perlu Bersumpah Undi PAS Untuk Dapatkan Bantuan Duit Tambang