Baru-baru ini, pengacara terkenal Uyaina Arshad menjadi sasaran kecaman netizen selepas beliau dilihat seolah-olah menyebelahi “Pejuang Garis 1” iaitu golongan yang mahu mengekalkan keputusan untuk tidak mengandung lagi buat masa ini atas faktor-faktor tersendiri.
Segalanya bermula apabila Uyaina memberikan sokongan moral kepada mereka yang memilih untuk merancang keluarga.
Namun, hantaran tersebut nampaknya membuatkan segelintir “Pejuang Garis 2” (golongan TTC) terasa hati dan menganggap Uyaina tidak sensitif terhadap mereka yang sudah bertahun-tahun menanti cahaya mata.
Artikel berkaitan: “Dia suruh pergi kelab” – Uyaina Arshad Dedah Pernah Disuruh Buat Perkara Tidak Bermoral Untuk ‘Cipta Kontroversi’
Artikel berkaitan: “Seronok mengutuk dan mengata orang macam ni?” – Jadi Bahan Kutukan ‘Berjemaah’, Uyaina ‘Sound’ Netizen
View on Threads
Tak mahu isu ini terus jadi fitnah, Uyaina tampil memberikan penjelasan padu. Beliau meminta semua pihak supaya berhenti membandingkan “penderitaan” masing-masing kerana setiap orang mempunyai beban mental yang berbeza.
“Jangan bandingkan struggle orang. Ada orang struggle nak dapatkan zuriat, ada orang pula struggle sebab belum bersedia dari segi mental, fizikal atau kewangan untuk tambah cahaya mata.
Dua-dua pun ujian yang berat bagi empunya badan,” tegas beliau bagi meredakan perbalahan antara dua kumpulan tersebut.
Uyaina turut mengingatkan bahawa soal zuriat ini adalah sepenuhnya di tangan Tuhan. Baginya, tak perlu ada pihak yang rasa mereka lebih berhak untuk “menderita” sehingga sanggup menutup mulut orang lain yang cuma mahu berkongsi realiti hidup mereka.
“Anak itu hak Allah. Kita merancang macam mana sekalipun, kalau Allah kata jadi, maka jadilah ia. Begitu juga sebaliknya. Jadi, tak perlulah kita nak bergaduh atau suruh orang delete post hanya sebab kita rasa pengalaman kita lagi pedih daripada orang lain,” katanya lagi.
Uyaina juga sempat berpesan supaya netizen lebih matang dalam perbezaan pendapat. Baginya, menyokong satu pihak tidak bermakna kita membenci pihak yang lain. Setiap wanita mempunyai hak untuk menentukan hala tuju hidup dan kesediaan mereka tanpa perlu rasa dihakimi oleh orang luar.
Sumber: Threads
